BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 18, 2011

Sintaksis

Terangkan maksud sintaksis dan huraikan binaan frasa dan jenis frasa bahasa Melayu mengikut Tatabahasa Dewan (2008). Jawapan anda hendaklah disertakan contoh-contoh frasa yang bersesuaian. (50 MARKAH)

Sintaksis ialah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, dan frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Dengan lain perkataan kita melihat bagaimana frasa dan ayat terbina. Apakah pola-pola binaan? Akhir sekali, kita melihat apakah jenis-jenis binaan tersebut.

Binaan sintaksis ini dikaji daripada dua aspek. Pertama, ayat dikaji dengan melihat proses bagaimana unsur-unsur sintaksis bergabung menjadi frasa dan ayat. Ini dapat dikaji dengan melihat hubungan antara unit-unit sintaksis. Kedua, ayat dikaji dengan melihat bagaimana struktur-struktur ayat dibina serta fungsi-fungsinya. Ini dilakukan dengan melihat pola-pola sintakis yang dibina dan fungsinya.

Binaan Frasa

Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walau bagaimanapun, frasa bukannya rangkai kata. Frasa mesti terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Contoh:

Ibu menjadi ketua UMNO.

Dalam ayat ibu menjadi ketua UMNO ada dua frasa. Frasa pertama ialah Ibu dan frasa kedua ialah menjadi ketua UMNO. Ibu adalah frasa yang menjadi subjek manakala frasa menjadi ketua UMNO adalah frasa predikat. Frasa subjek Ibu terdiri daripada satu kata sahaja. Frasa predikat menjadi ketua UMNO terdiri daripada tiga kata. Contoh lain ialah:

*Ahmad menjadi pengarah program.
*Bella budak pandai.

Kata yang membina frasa itu boleh terdiri daripada kata major dan kata minor. Contoh:

Budak pandai

Frasa ini terdiri daripada budak (kata major) + pandai (kata minor)

Frasa ialah unsur yang lebih kecil daripada klausa. Frasa adalah unsur yang membina klausa. Dalam tata tingkat sintaksis, frasa adalah unsur yang membina klausa dan ayat.

Jenis Frasa

Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga enis frasa bahasa Melayu iaitu:

  1. Frasa Nama
  2. Frasa Kerja
  3. Frasa Sendi Nama
  4. Frasa Adjektif
1. Frasa Nama
Contoh:
*rumah baru
Frasa rumah baru terdiri daripada kata nama rumah sebagai inti dan kata adjektif baru sebagai penerang. Frasa ini boleh wujud sebagai rumah sahaja, tanpa penerang. Frasa ini mempunyai kata nama sebagai inti. Contoh lain ialah:
*pelajar pandai
*budak nakal

2. Frasa Kerja
Contoh:
*berjalan laju
Frasa berjalan laju mempunyai kata kerja sebagai inti. Contoh lain ialah:
*membaca buku
*menembak harimau

3. Frasa Sendi Nama
Contoh:
*ke bandar
Frasa ke bandar mempunyai kata sendi nama ke sebagai inti dan kata nama bandar sebagai pelengkapnya. Contoh lain ialah:
*di rumah
*daripada ibu

4. Frasa Adjektif
Contoh:
*cantik betul
Frasa cantik betul mempunyai kata adjektif sebagai inti. Contoh lain ialah:
*pandai sungguh
*kuat sekali

0 carca marba: