BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 17, 2011

Islam akan hancur?

Isu BERSIH 2.0 masih menjadi buah mulut orang ramai. Presiden Majlis Peguan, Ambiga semakin berani menentang Negara. Menjadi ketakutan saya apabila ramai antara golongan BANGSA MELAYU yang menyokong perbuatan Ambiga ini. Siapakah Ambiga?


Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam, seorang peguam dan pengamal undang-undang. Orang yang tahu undang-undang, akan tetapi memijak undang-undang.

Nama Ambiga menjadi bualan, apabila Himpunan Bersih yang diketuainya diberi laluan mudah oleh kerajaan sejak Mac lagi. Kerajaan membiarkan tindak tanduk mereka berkembang.

Apabila rakyat sendiri bertindak, melalui laporan-laporan polis, yang kini mencecah ribuan laporan, baru lah kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak 2 Julai lalu.

Ibarat meniup belon, Kerajaan membiarkan belon ditiup dan berkembang, baru nak dipecahkan. Membiarkan api kecil menjadi besar dan merebak, baru nak dipadamkan.

Bagi Ambiga, besi telah panas memerah, jika api dihentikan, maka perlu masa untuk memanaskannya semula. Tiada pilihan, melainkan meneruskan acah mereka, mengacah dan mengacah, sehingga kerajaan kewalahan dan kedodoran .


Ayuhlah Pejuang Bangsa! Jangan kita dimanipulasi oleh beliau. Jangan kita mudah diperbodohkan. Bangunlah menentang Ambiga! Saya percaya, jika beliau menakluk Negara kita nanti, pastinya kita BANGSA MELAYU akan dipijak dan dicampak dengan sewenangnya. Ya Allah, takutnya saya apabila membaca TUNTUTAN AMBIGA DALAM IFC seolah-olah negara kita bukan menjadi negara Islam lagi..

Antara Tuntutan Ambiga dalam IFC.


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Anak-anak muda bangsa Melayu, bangunlah mempertahankan agama kita. Bangkitlah mempertahankan Negara kita. Jangan kita menjadi orang buta yang hanya mengikut arus perjalanan dunia apabila diberi sebatang tongkat. Cukuplah pelbagai bencana yang melanda Negara kita selama ini. !! 

0 carca marba: