BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 16, 2011

Ayat Majmuk


Definisi
 1.       Terdiri daripada dua subjek atau lebih.
Contoh ayat ialah:
a)      Salmah dan Ali guru.
b)      Farid dan Mia ke sekolah.

2.       Terbentuk daripada dua klausa atau lebih.
Contoh ayat ialah:
a)      Dia makan nasi kerana lapar.
b)      Ali mati kerana dibunuh.

3.       Terdiri daripada dua predikat atau lebih.
Contoh ayat ialah:
a)      Ali pandai dan rajin.
b)      Kakak menyidai pakaian sambil menyanyi.

4.       Lebih daripada satu subjek dan lebih daripada satu predikat.
Contoh ayat ialah:
a)      Ali dan Abu rajin dan pandai.
b)      Abang dan adik kena pukul dan cubit.




Jenis Ayat Majmuk
 1.       Ayat Majmuk Gabungan.
Terbentuk daripada dua ayat tunggal atau lebih dan memerlukan sama taraf dengan menggunakan kata hubung.
Contoh ayat ialah:
a)      Ayah garang tetapi ibu penyayang.
b)      Murid-murid berlari sambil menyanyi.
c)       Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.

2.       Ayat Majmuk Pancangan.
Terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Berdasarkan proses pemancangan, ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
                                I.            Ayat Pancangan Relatif.
Ayat yang mengandungi frasa relatif yakni ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘yang’.
Contoh ayat ialah:
a)      Pelajar yang gemuk itu pelajar baru.
b)      Pensyarah yang garang itu pensyarah fakulti pendidikan.
c)       Saya membeli baju yang berwarna merah.

                              II.            Ayat Pancangan Komplemen.
Ayat yang mengandungi klausa komplemen yakni ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘bahawa’.
Contoh ayat ialah:
a)      Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam.
b)      Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara.
                            III.            Ayat Pancangan Keterangan.
Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh ayat ialah:
a)      Anak itu menangis kerana lapar.
b)      Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.

3.       Ayat Majmuk Campuran.
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.
Contoh ayat ialah:
a)      Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.
Ayat ini teridiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawanya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.

b)      Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.
Dalam ayat ini, terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk, iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang telah menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan

0 carca marba: