BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 17, 2011

Pendidikan Melayu Perjuangan Kita

Pada 1 Julai - 3 Julai 2011, Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) GPMS telah diadakan di fakulti undang-undang Uitm Shah Alam. Kursus itu telah melibatkan Majlis Tertinggi, Exco dan Sekiteriat GPMS cawangan UiTM Shah Alam. Apa yang menarik minat saya dalam kursus itu adalah satu sesi ceramah oleh bekas pengarah BTN iaitu Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar yang mengenai pendidikan Melayu.



Beliau berkata peranan pendidkan Melayu adalah untuk menyatukan melayu itu sendiri serta memperkukuhkan semangat bangsa Melayu. Melalui pendidikan melayu, anak-anak muda zaman sekarang ini akan dapat meningkatkan perasaan cinta kepada bangsa kita. Bukan hanya mengibarkan jalur gemilang tepat jam 12 malam setiap 31 Ogos, tetapi para anak muda juga harus belajar dan terus belajar tentang pendidikan Melayu. Ini adalah satu persediaan kita untuk menempuh hari yang mendatang yang kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku. Justeru itu, bangsa kita tidak akan mudah ditipu dan dipijak oleh bangsa-bangsa yang lain.

Dalam ceramah itu, beliau juga menyentuh tentang transformasi Melayu. Transformasi Melayu boleh dilihat melalui perubahan budaya hidup untuk melahirkan personaliti yang betul-betul dinamik. Budaya hidup di sini bukan bermaksud seseorang individu itu harus mengikut budaya-budaya Barat yang sememangnya menjadi ikutan anak muda sekarang. Sebaliknya, bangsa Melayu harus berhijrah dari pemikiran yang lama dan mengubah diri sendiri untuk menjadi bangsa yang berjaya seiring dengan budaya-budaya Melayu yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita.

Transformasi juga boleh dilihat melalui lonjakan paradigma. Kita seharusnya megubah diri kita ke arah lebih berjaya.Antara saranan beliau adalah:


  1. Belajar seumur hidup.
  2. Perubahan budaya hidup.
  3. Perubahan pemikiran.
  4. Peningkatan semangat.
  5. Pemilikan harta.
  6. Perpaduan.
Transformasi yang terakhir ialah melalui perkasa Melayu. Melayu harus rela dan berani menempuh pelbagai rintangan dalam memartabatkan Melayu. Bangsa Melayu juga dituntut untuk membantah segala tindakan kaum minoriti yang menghina raja. Biasiswa Diraja harus diwujudkan di peringkat negara dan negeri untuk kaum Melayu. Dengana danya biasiswa ini pendidikan Melayu akan mencapai pendidikan yang berkualiti.

0 carca marba: