BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 16, 2011

Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail


Skim Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail  diwujudkan oleh DBP mulai tahun 1993.  Di bawah skim ini DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di Institusi pengajian tinggi dalam negeri.  Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan bagi mengenang jasa dan sumbangan serta perjuangan gigih Allahyarham Tun Syed Nasir terutamanya terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam memupuk wadah budaya bangsa.



Penerima Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail akan menerima  RM 4,700.00 setahun, di samping itu, penerima juga akan mendapat bantuan bahan-bahan rujukan, kemudahan menjalankan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, kemudahan menjalani latihan amali di DBP dengan dibayar elaun latihan amali dan peluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan anjuran DBP atau pihak luar dengan tajaan DBP.

DBP akan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti kursus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-institutsi pengajian tinggi awam di dalam negeri dalam bidang yang berikut:

  •        Bahasa Melayu/Linguistik
  •           Sastera Melayu/Pengajian Melayu
  •         Sastera Inggeris/Sastera
  •    Penerbitan 
KELAYAKAN:

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

  •  Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa/Linguistik, Sastera/Pengajian Melayu, Sastera Inggeris/Sastera Bandingan atau Penerbitan.
  • Mendapat kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu pada peringkat STPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulusan ujian lisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat SPM
  • Belum menerima sebarang bentuk kewangan/biasiswa daripada mana-mana organisasi.

PELAJAR-PELAJAR DI TAHUN PERTAMA PERINGKAT IJAZAH DALAM KURSUS LINGUISTIK JUGA BOLEH  MEMOHON. PASTIKAN KEPUTUSAN AKHIR SEMESTER 1 CEMERLANG. :)
Borang permohonan boleh didapatkan di sini:


Semoga berjaya!! :)

0 carca marba: