BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 16, 2011

Peranan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Bahasa Melayu memainkan perananannya dalam membentuk jati diri anak bangsa. Jati diri bermaksud keistimewaan yang ada dalam diri seseorang individu. Dalam kata lain jati diri adalah identiti kita. Jadi Bahasa Melayu perlu diangkat lebih tinggi agar jati diri seseorang dapat diutuh dengan teguh lagi. Kita sebagai anak melayu perlulah mengagungkan bahasa ibunda kita sendiri. 


Peranan yang kedua ialah bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduanPerpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.


Peranan yang seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Komunikasi memerlukan hubungan dua hala iaitu antara seorang individu dengan individu yang  lain. Bahasa menjadi medium untuk seseorang berkomunikasi. Melalui bunyi-bunyi yang disebut, bahasa dapat disampaikan dengan betul. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi oleh rakyat jelata kerana bahasa Melayu senang dipelajari dan telah lama menjadi lingua franca di negara ini. Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa yang bukannya dari golongan elit oleh sebab dwibahasa mereka berlainan iaitu (english-melayu).



Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa rasmi. Bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat menyurat. Biasanya bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi. 

Peranan yang terakhir ialah bahasa pengantar. Bahasa melayu telah lama menjadi bahasa pengantar di semua sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Bahasa ini dijadikan abhasa pegantar kerana ia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, para pelajar mudah untuk menggunakan bahasa ini dalam menyampaikan maklumat mahupun urusan rasmi.

1 carca marba:

Unknown said...

kita sebagai rakyat malaysia haruslah menggunakan bahasa Melayu dalam kegiatan kita seharian. hal ini kerana dapat meneyemai perasaan cinta kita terhadap bahasa kiat.