BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 16, 2011

Pengenalan Kepada Bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain.

Jadi jelaslah bahasa itu merupakan bunyi yang digunakan oleh seseorang  untuk berkomunikasi. contohnya, perkataan atau bunyi  yang dikeluarkan oleh Si A kepada Si B untuk menyampaikan maklumat.

 Bahasa pada dasarnya mempunyai beberapa sifat iaitu bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti. Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna-pengguna untuk menuturkan atau menuliskan bahasa tersebut.

Bahasa juga mempunyai simbol-simbolnya yang tersendiri. Setiap kata atau bentuk ucapan yang dikeluarkan oleh seseorang daripada rongga mulut  atau dihubungkan dengan benda, tindakan, atau konsep tertentu.


Selain itu, bahasa juga terdiri dariapada bunyi-bunyi. Bunyi-bunyi yang dianggap sebagai simbol-simbol bahasa ialah bunyi yang diucapkan atau melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi lain seperti bunyi-bunyi yang disebabkan oleh gerakan manusia tidak dianggap simbol-simbol bahasa.

Bukan itu sahaja, malah bahasa juga dilambangkan secara struktur. Bunyi-bunyi dihasilkan satu demi satu atau sekelompok iaitu perkataan. Pergerakan alat-alat pertuturan, satu mengikut yang lain. Jika susunan itu dapat menggambarkan struktur beberapa bentuk pengujaran, maka terhasillah pola-pola dalam bahasa.

Bahasa bersifat arbitrari. Arbitrari ialah tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda. Makna bagi sesuatu simbol atau perkataan ialah konvesional sifatnya. Setiap benda ada perkataan yang berlainan bagi menyatakan benda yang serupa.

Bahasa ialah pertuturan. 85% bahasa yang digunakan manusia dalam komunikasi ialah pertuturan. Tulisan dianggap "secondary language". Dalam pengucapan, terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa.

Seterusnya, bahasa juga harus dipelajari bukan diwarisi. Dipelajari di sini bermaksud bukan diwarisi sejak lahir sebagaimana ciri-ciri fizikal seseorang. Malah perlu dipelajari barulah bahasa itu kekal digunakan. Bahasa boleh dipelajari sejak kecil daripada orang tua, keluarga dan persekitaran.

Bahasa mempunyai makna. Makna adalah sesuatu yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis. Makna mungkin bermaksud suatu situasi yang dihuraikan, sebuah fikiran, atau pendapat yang dibentangkan, perlakuan sosial yang diceritakan. Makna sangat berkait rapat dengan pertuturan iaitu melalui bunyi-bunyi.

Terakhir sekali bahasa adalah sebagai alat komunikasi. Bahasa menjadi media bagi manusia untuk berhubung antara satu sama lain sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Bahasa dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain dari segi jarak, tempat atau masa.


0 carca marba: