BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 15, 2013

Hujan

Awan merintih kepedihan
Membasahi bumi dengan air matanya

Aku membuka tirai tingkap kamar ku
Indah nya hujan
Boleh merintih begitu
Tapi tidak aku
Terpaksa disorok tangisan ini

Makin disorok makin terseksa
Makin dirahsiakan makin merana
Tapi..
Apa boleh buat
Tiada siapa yang mahu peduli

Cukuplah dunia aku dengan sebuah laptop
Membuka laman ini untuk menggerakkan jari jemari ku
Mencoret apa yang difikirkan

Aku ingin menjadi hujan
Bebas menangis

Aku ingin menjadi burung
Bebas terbang ke angkasa

Aku ingin menjadi angin
Mampu untuk menyejukkan orang lain

Aku juga ingin jadi sebahagian daripada kau
Cukuplah sebahagian
Kerana aku tak mampu untuk menjadi sepenuhnya dalam hidup kau
Bahagiakan lah aku
Cuma sementara

0 carca marba: