Assalamualaikum...
Retailing merupakan satu subjek business yang perlu pelajar PART 5 Akademi Pengajian Bahasa belajar. Secara keseluruhannya subjek ini akan mengajar kita bagaimana untuk menjadi peruncit. Dari segi susun atur kedai, modal perniagaan, persaingan, cara promosi dan sebagainya.
Baru-baru ni pensyarah kami telah memberikan tugasan berkumpulan untuk mereka satu model kedai yang bertemakan cafe. Aku mula terkelu sebab aku sangat tidak suka seni. Dan tangan aku bukan tangan budak seni. Nak-nak kena guna barangan terbuang macam kertas, kayu, tin, botol dan sebagainya.
Mula-mula design agak pening kepala juga. Mana nak letak meja, nak buat tema cafe tu macam mana. Agak pening. Akhirnya kami telah membuat keputusan untuk membuat sebuah kafe ala-ala taman. Idea banyak tapi tak tahu macam mana nak design. Iya lah kami bukan budak seni reka.
Dua hari sahaja kami luangkan masa untuk siapkan tugasan ini. Memandangkan banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat. Walaaupun nampak biasa, tapi kami bangga dengan kebolehan dan kesungguhan diri kami.
Ini lah hasilnya.. Dolicious Cafe
Wassalam... :)
0 carca marba:
Post a Comment