BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 16, 2013

Malam Pra Graduan dan Anugerah Dekan Akademi Pengajian Bahasa Jun 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah malam tadi selesai lagi satu majlis anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti, iaitu Malam Pra Graduan dan Anugerah Dekan. Majlis ini telah diadakan di Hotel De Palma Seksyen 19, Shah Alam. Dalam majlis tersebut, aku bertindak sebagai biro protokol. Sejujurnya tanggungjawab itu sangat susah bagi aku. Tapi bagi aku, walaupun susah, aku kena pikul juga sebab ia akan menghasilkan sebuah pengalaman manis untuk aku.

Macam-macam kerenah para penerima anugerah. Nak marah pun tak guna. Jadi, buat bodoh dan layan je kerenah mereka. Malam tadi majlis tak terkawal. Masing-masing nak tangkap gambar. Maklumlah masing-masing sedang  gembira dengan anugerah yang diperoleh.

Aku pun tidak terkecuali. Aku sangat gembira dengan majlis malam tadi. Dapat tiga anugerah sekaligus. Sampai hari ni aku masih tidak percaya dengan penganugerahan yang diberikan untuk aku. Aku bukan sesiapa. Pelajar biasa. Ramai lagi yang lebih layak. Bak kata mama, bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan bagi. Jangan riak dan takbur. Ambil itu sebagai semangat untuk terus berjaya. Terima kasih mama..

Berikut merupakan anugerah-anugerah yang aku dapat semalam:

1. Anugerah Dekan

Aku dapat anugerah ini disebabkan keputusan aku yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester lepas, iaitu mendapat 3.80. Alhamdulillah.

2. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Kepimpinan


Penerima Anugerah ini dipilih oleh Dr Norizah Ardi. Katanya atas kecemerlangan aku dalam kepimpinan. Mungkin atas faktor aku terlalu aktif dengan menganjurkan program-program fakulti.

3. Anugerah Khas Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu


Dan anugerah ini lah yang paling aku tidak sangka. kebiasaannya Ketua Pusat Pengajian APB akan berikan kepada pelajar semester akhir. Tapi aku semester 5 pun dah dapat. Sangat bersyukur. Aku pun hairan, kenapa aku dipilih untuk menerima anugerah ini

Dan inilah keseluruhan anugerah yang aku perolehi semalam:



Majlis malam tadi juga seronok apabila yang tersayang turut hadir. Dapatlah ambil sedikit gambar sebagai kenangan.




Akhirnya, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis malam tadi. InsyaAllah semester hadapan aku akan hadir sebagai penerima Anugerah Pra-Graduan pula.. Moga ketemu lagi,

Wassalam..:)

0 carca marba: