Assalamualaikum...
Kehidupan seorang pelajar universiti itu bukan mudah seperti yang dijangkakan. Banyak cabaran dan dugaan yang berlaku. Mental dan fizikal itu perlu kuat, jika tidak terbabas lah jawabnya. Alhamdulillah setakat hari ni aku masih mampu untuk belayar walaupun semput kerna dilambung ombak. Pernah rasa lemas sekali. Namun dengan kudrat yang ada, aku bangkit belayar kembali. Terus ke penghujung garisan.
Kelas dari pagi ke petang itu sudah pasti. Penat tidak terluah. Mengeluh tidak guna kerna tiada siapa yang simpati. Berbekalkan amanah keluarga, dicekalkan jua kudrat ini untuk terus berjuang. Aku tidak lemah. Aku juga bukan pengecut. Akan aku terus berjuang walau ribut taufan melanda. Kerna perjuangan ini untuk keluarga tersayang.
Tapi ada juga yang tidak mengerti. Kenapa terlalu sibuk, sampaikan tiada masa untuk menjenguk keluarga? Sampaikan tiada masa untuk bertanya khabar sang tercinta? Bukan aku mengelak, tetapi masa yang tidak mengizinkan. Aku di sini medan ini bukan hanya untuk sekadar cukup makan saja. Aku ada impian aku sendiri. Aku ada wawasan aku sendiri. Di medan ini tempat aku untuk meraih seberapa banyak pengalaman yang ada. Untuk dibuat bekal perjuangan kehidupan yang seterusnya.
Kusut masai itu tidak aku pedulikan lagi. Ke kelas dengan mata rabak dan badan lemah tidak aku pedulikan lagi. Bagi aku kejayaan perjuangan itu segalanya untuk aku. Akan aku terus berentap. Ilmu diraih untuk dibawa berjuang. Sebuah perjuangan untuk menghasilkan kehidupan yang senang kelak. Untuk keturunan aku.
Di medan ini, aku bukan pelajar biasa. Yang hanya menatap buku. Ada masa untuk lepak. Ada masa untuk karoake. Ada masa untuk menonton wayang. Di sini aku seorang ketua. Ketua dalam berpersatuan. Ramai yang persoalkan kenapa memilih untuk berpersatuan jika itu membebankan kamu? Memang aku akui semua ini membebankan aku. Tapi sekali pun aku tidak pernah menyesal pilih jalan ini. Kerna bagi aku ini sebahagian daripada perjuangan yang akan datang. Ini lah pengalaman untuk aku bawa ke alam perkerjaan.
Sesungguhnya untuk menjadi pelajar universiti itu bukannya perlu hebat dari segi akademik sahaja. Malah perlu juga berpersatuan. Untuk meraih seberapa banyak pengalaman kepimpinan. Di dalam persatuan, banyak ilmu yang kita boleh belajar yang tak dapat di dalam kuliah. Akademik; buku itu ada. Boleh baca. Tapi pengalaman berpersatuan bukan sesuatu yang mudah untuk kita dapat kecuali kita hadir dalam situasi tersebut.
Tidak akan sekali aku menyesal jalan ini. Walaupun aku jatuh suatu hari nanti, ada sesuatu yang akan bantu aku yakni pengalaman. Ayuh, akan aku terus berjuang kerna garisan penamat makin hampir. Waktu semakin suntuk. Wisel akan dibunyikan pada bila-bila masa sahaja. Terus aku melangkah untuk mencapai kejayaan itu. Untuk adik beradik SMF, keluarga, teman-teman APB dan pensyarah yang sentiasa memahami diri ini.
-Walaupun penat tapi kepuasan itu menandingi segalanya-
Wassalam :)
0 carca marba:
Post a Comment