BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 17, 2013

Kahwin

Bila kita berbicara tentang kahwin
Ramai yang tersenyum
Terbayang akan kebahagiaan yang akan dikecapi

Nikmat perkahwinan itu memang indah
Seperti indahnya apabila terbit matahari di kala kita kegelapan
Seperti indahnya terbenam matahari apabila kita kepanasan

Tapi bagi aku
Perkahwinan itu bukan satu landasan untuk kita menggapai kebahagiaan
Orang cakap..
Bila kahwin hidup kita senang
Semua pasangan kita yang lakukan
kemas rumah, basuh baju, masak, picit badan dan lain-lain

Tapi bila kita cakap kita tidak mahu kahwin
Terus kita dilabel sebagai tidak normal

Mungkin dia trauma dengan kisah keluarganya
Mungkin juga dia ada penyakit yang menghalang untuk berkahwin
Mungkin juga dia tidak mampu dari segi fizikal
Mungkin juga dia tidak mampu dari segi nafkah

Sebuah perkahwinan ini memerlukan tanggungjawab yang besar
Tanggungjawab yang tak pernah kita pikul sebelum ini
Bagai nakhoda kapal yang menjaga anak-anak kapalnya


0 carca marba: