BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 24, 2013

Kelayakan Akademi Pengajian Bahasa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah telah tamat tugas aku sebagai urus setia menjaga 'booth' Akademi Pengajian Bahasa bagi Program Ekspo Selangkah ke UiTM. Program itu telah dijalankan pada 23 dan 24 Mac 2013.

Tugas aku sebagai 'promoter' untuk mempromosi fakulti aku kepada para pengunjung yang hadir. Rata-rata ramai yang hadir nak bertanya mengenai TESL.. TESL merupakan satu program di bawah Fakulti Pendidikan.

Terdapat tiga program yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Bahasa:

1) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional

Syarat-syarat Kelayakan:

  • STPM (minimum CGPA 2.00) dan SPM (lulus Matematik/Matematik Tambahan dan minimum 3B untuk bahasa Inggeris) ATAU
  • UiTM/PASUM/MATRICULATION (minimum CGPA 2.00) dan SPM (Kepujian Matematik/Matematik Tambahan dan minimum 3B untuk bahasa Inggeris) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.50) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.00) dan dua tahun pengalaman bekerja) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 3.00) dan SPM dan setaraf ( lima kepujian termasuk bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 2.75 dan dua tahun pengalaman bekerja) dan SPM dan setaraf ( lima kepujian termasuk bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan) ATAU
  • Program Asasi (Law UiTM atau TESL) minimum CGPA 2.00
  • CALON MESTILAH MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA BAND 4 DALAM MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
2) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional)

Syarat-syarat kelayakan:
  • STPM (minimum CGPA 2.00 dengan Gred C dalam tiha mata pelajaran termasuk Pengajian Am) dan SPM (kepujian dalam Matematik) ATAU
  • UiTM/PASUM/MATRICULATION (minimum CGPA 2.00) dan SPM (Kepujian Matematik/Matematik Tambahan dan lulus untuk bahasa Inggeris) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.50) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.00) dan dua tahun pengalaman bekerja) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 3.00) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 2.75 dan dua tahun pengalaman bekerja) dan SPM dan setaraf ( lima kepujian dalam Matematik dan lulus bahasa Inggeris) ATAU
  • Program Asasi (Law UiTM minimum CGPA 2.50)
  • Calon MESTI lulus temu duga yang dikendalikan oleh fakulti dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam MUET.
3) Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Arab Komunikasi Profesional)

Syarat-syarat kelayakan:
  • Lulus Diploma Bahasa Arab/Pengajian Islam dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (minimun CGPA 3.00) ATAU
  • Lulus Diploma Bahasa Arab/Pengajian Islam dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (minimun CGPA 2.75 dengan dua tahun pengalam kerja) ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperoleh tahap sekurang-kurangnya Jayyid (Kepujian) ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Setaraf (minimum Gerd C CGPA 2.00) dalam tiga mata pelajaran termasuk bahasa Arab dan Pengajian Am DAN Lulus SPM dengan lima kepujian termasuk bahasa Imggeris dan lulus Matematik/Matematik Tambahan, dan kepujian Gred B dalam Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi
  • MUET Band 2
  • Lulus Temuduga yang dikendalikan oleh fakulti

Peluang Pekerjaan:
  • Agensi Kerajaan/Swasta
  • Penerbitan Khusus Bidang
  • Pengurusan dan pentadbiran
  • Perhubungan Antarabangsa/Diplomatik
  • Perhubungan Korporat
  • Perhubungan Awam
  • Pemasaran
  • Media (Radio/TV)
  • Periklanan
  • Kewartawanan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pelancongan, Perkhidmatan dan Khidmat Rekreasi

Semoga berjaya.. :) Sekian, Wassalam... 

10 carca marba:

Anonymous said...

Hai... boleh kongsikan tak,contoh bentuk-bentuk soalan yang sering ditanya ketika temuduga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional)?

Unknown said...

betol tu..sy pon nak tahuu..

afera ly said...

saya nak tahu selain kerjaya di atas boleh ke saya jadi cikgu bahasa melayu jika ambil jurusan ini?

Hafiz Fizz said...

Abang macam mane kalau kite hanya Fail math tetapi yang lain Ok ..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam, saya pelajar lepasan stpm 2013 saya memang berminat nak ambil tesl tp muet saya band 3 ja spm bi a1 math mod a1 add math lulus...pointer saya untuk percubaan stpm 3.58...insyaallah result stlm betul2 boleh dpt 3.0 ke atas...saya betul minat nak ambil tesl...boleh tak saya sambung tesl?

Syikin Sharnella said...

hello mohon bantuan plz, sy lulus math tapi yg lain ok. boleh ke sy mohon jugak untuk bi?

Fatini Ishak said...

apsal bro ni x reply comment ha?

Anonymous said...

Kalau bahasa Jepun macmna pula ya?

Unknown said...

Salam.
Masih wujud lagi kah kursus ni?