BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 29, 2013

Maafkan aku

Pejam celik pejam celik
Sudah 9 hari kita tidak bertegur
Sampai bila persahabatan yang dibina jadi begini?

Tidak sanggup aku memutuskan silaturahim
Walau hakikatnya
Kerna aku lah
kita jadi begini

Maafkan aku kawan

Wajah

Assalamualaikum..

Aku datang di sini
untuk mencari erti kehidupan sebenar
Jauh dari pelosok kampung
Aku gagahkan jua kaki ku
melangkah arus kota
demi kejayaan kita sekeluarga

Ibu, ayah,
wajahhmu terawang dalam sunyi malamku
terdiam kerana sepinya diriku
terbayang wajahmu yang manis itu

terkulai lemah tiada berdaya
terfikir akan esok hari akan datang menyapa
terkapar juga tubuh ini
tak mampu bangkit dari kamar tidur ku
Kerna aku terbayang wajah manis kalian

Rindu nya aku
sepinya aku di sini
Menghitung hari untuk mencium kalian
Menghitung hari untuk menatap wajah manis itu

Hari ku penuh dengan bayangan wajahmu
Tidak tertidur aku kerana terfikir wajahmu
Ternyata aku sedar, aku hampa
kerna kalian tiada di sisi aku


*Puisi ikhlas untuk Adikku Nieyta.. :) 

Wednesday, March 27, 2013

Senjata Impian

Lelaki ini punyai impian
Impian yang tinggi menggunung
Segenggam azam yang dipertahankan
Demi mecapai impian  itu

Aku bangkit dari jatuh semalam
Aku tersenyum pada dunia
Aku tunduk pada Ilahi
Kini, aku sedar
Hidup mesti diteruskan

Buat apa menjadi si tewas?
Kalah dengan diri sendiri
Tidak kan tercapai impian itu
Jika aku terus begitu

Ayuh, bangkit! Berdiri! 
Angkat senjata, 
dan
Mulai mencari sasaran
untuk mencapai impian itu.


Tuesday, March 26, 2013

Maaf kan gua

Maafkan aku
atas kekhilafan
dan
keterlanjuran kata

Maafkan aku
atas sikap terburu-buru
tanpa fikir dengan matang
dan
tidak memahami fikiran kau

Maafkan aku

Monday, March 25, 2013

Kalau aku tahu...

Kalau aku tahu
ini semua memenatkan
Tidak aku menggalasnya

Kalau aku tahu
ini semua buat aku tertekan
Tidak aku memikulnya

Kalau aku tahu
ini semua menderita
Tidak aku mengusungnya

Yang pasti TANGGUNGJAWAB itu adalah kewajipan
PENGORBANAN itu sudah pasti

AKU DI SINI BUKAN UNTUK JADI PENCACAI!

aku perlukan kerjasama semua orang
aku penat, aku tertekan
Kenapa ada yang lepas tangan?
Kenapa ada yang terbaring keriangan?
Kenapa ada yang tersenyum kesenangan?
Di kala aku sedang derita dengan semua ini

Aku masih di sini

Tabahkan hati
Kuatkan iman
Jauhi kemungkaran
Hinalah dosa

Biar hati berkata riang
Biar hati senang berbicara
Kerna 
Di situ ada kebahagiaan
Di sana ada kesenangan
Di sini ada keceriaan
Di mana-mana ada pelangi

Kurangkan soal hati tapi kita tambah soal mati

Selamat Malam, Sekian.
Assalamualaikum

Sunday, March 24, 2013

Kelayakan Akademi Pengajian Bahasa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah telah tamat tugas aku sebagai urus setia menjaga 'booth' Akademi Pengajian Bahasa bagi Program Ekspo Selangkah ke UiTM. Program itu telah dijalankan pada 23 dan 24 Mac 2013.

Tugas aku sebagai 'promoter' untuk mempromosi fakulti aku kepada para pengunjung yang hadir. Rata-rata ramai yang hadir nak bertanya mengenai TESL.. TESL merupakan satu program di bawah Fakulti Pendidikan.

Terdapat tiga program yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Bahasa:

1) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional

Syarat-syarat Kelayakan:

  • STPM (minimum CGPA 2.00) dan SPM (lulus Matematik/Matematik Tambahan dan minimum 3B untuk bahasa Inggeris) ATAU
  • UiTM/PASUM/MATRICULATION (minimum CGPA 2.00) dan SPM (Kepujian Matematik/Matematik Tambahan dan minimum 3B untuk bahasa Inggeris) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.50) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.00) dan dua tahun pengalaman bekerja) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 3.00) dan SPM dan setaraf ( lima kepujian termasuk bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 2.75 dan dua tahun pengalaman bekerja) dan SPM dan setaraf ( lima kepujian termasuk bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan) ATAU
  • Program Asasi (Law UiTM atau TESL) minimum CGPA 2.00
  • CALON MESTILAH MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA BAND 4 DALAM MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
2) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional)

Syarat-syarat kelayakan:
  • STPM (minimum CGPA 2.00 dengan Gred C dalam tiha mata pelajaran termasuk Pengajian Am) dan SPM (kepujian dalam Matematik) ATAU
  • UiTM/PASUM/MATRICULATION (minimum CGPA 2.00) dan SPM (Kepujian Matematik/Matematik Tambahan dan lulus untuk bahasa Inggeris) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.50) ATAU
  • Diploma dari UiTM (minimum CGPA 2.00) dan dua tahun pengalaman bekerja) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 3.00) ATAU
  • Diploma dari Institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (minimum CGPA 2.75 dan dua tahun pengalaman bekerja) dan SPM dan setaraf ( lima kepujian dalam Matematik dan lulus bahasa Inggeris) ATAU
  • Program Asasi (Law UiTM minimum CGPA 2.50)
  • Calon MESTI lulus temu duga yang dikendalikan oleh fakulti dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam MUET.
3) Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Arab Komunikasi Profesional)

Syarat-syarat kelayakan:
  • Lulus Diploma Bahasa Arab/Pengajian Islam dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (minimun CGPA 3.00) ATAU
  • Lulus Diploma Bahasa Arab/Pengajian Islam dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (minimun CGPA 2.75 dengan dua tahun pengalam kerja) ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperoleh tahap sekurang-kurangnya Jayyid (Kepujian) ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Setaraf (minimum Gerd C CGPA 2.00) dalam tiga mata pelajaran termasuk bahasa Arab dan Pengajian Am DAN Lulus SPM dengan lima kepujian termasuk bahasa Imggeris dan lulus Matematik/Matematik Tambahan, dan kepujian Gred B dalam Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi
  • MUET Band 2
  • Lulus Temuduga yang dikendalikan oleh fakulti

Peluang Pekerjaan:
  • Agensi Kerajaan/Swasta
  • Penerbitan Khusus Bidang
  • Pengurusan dan pentadbiran
  • Perhubungan Antarabangsa/Diplomatik
  • Perhubungan Korporat
  • Perhubungan Awam
  • Pemasaran
  • Media (Radio/TV)
  • Periklanan
  • Kewartawanan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pelancongan, Perkhidmatan dan Khidmat Rekreasi

Semoga berjaya.. :) Sekian, Wassalam... 

Saturday, March 23, 2013

Luahan

Angin sepi itu membawa aku ke satu tempat
Jauh dari kesibukan kota
Jauh dari kelalaian dunia

Aku pasrah dengan apa yang berlaku
Bukan ku pinta untuk menagih kasihmu
Cukuplah sekadar luahan hati
Yang telah tersimpan rapi selama ni
Sekadar kepuasan diri

Aku tidak mengharapkan cintamu
Cukuplah hanya cinta Illahi
cuma..
aku harapkan hubungan yang dulu
kongsi segala cerita
ceria dan duka

Sampai bila ingin jadi begini?
Jauh membawa diri
Sepi tanpa kata
Alasan kau taburkan
Aku telan
Aku mamah
Walaupun pahit

Aku tidak kuat untuk menempuh semua ini
Alangkah baiknya jika masa itu dapat diputar
Akan ku simpan kisah kasih itu 
Tanpa aku khabarkan kepada dikau

Tetapi saat itu aku sengsara
Aku merana
Aku derita
Sepi menanggung seorang diri

Tapi sekarang keadaan menjadi parah
Bukan ini yang aku mahukan dari kamu
Sunyi, sepi, jauh, AKU TERSEKSA

Friday, March 22, 2013

Adik-adik ku

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini aku teringat akan mereka berdua. Junior aku. Si kacak dan si manis. haha. Mereka banyak membantu aku. Bantu aku mengenali dunia yang sebenar. Walau pertemuan itu hanya sekejap cuma, namun silaturahim ini tidak akan putus.

Jadi ini cebisan daripada abang untuk adik-adik. Semoga terus kental di hari yang mendatang. :)


Dalam diri ini tersimpan perasaan takut
Perasaan takut akan perpisahan
Takut dengan segala dugaan
Takut dengan segala ujian
Aku juga takut sesuatu melukai kamu

Maafkan lah diri abang ini
Yang tidak sempurna mengasihi kalian
Yang tak mengerti isi hati kalian
Terkadang acuhkan kamu

Ingatlah kalian
Ada kasih tulus dalam hati
Ku rindu hadirmu kan selalu ku nanti

Tuhan
Aku titipkan adikku dalam doaku
Jangan kau biarkan tangis dalam matanya
Tuhan, sampaikan kasihku pada mereka
Terima kasih tuhan atas anugerah perkenalan aku dengan mereka

Dunia makin mencabar
Perlu diterokai
Perlu terus kental
Terus berjuang
Mental dan fizikal
Bijaklah dalam berfikir
Matang dalam membuat keputusan
Maju dan terus melangkah demi kejayaan
dunia dan akhirat



*Ini lah mereka. Mohamad Aizam Aidid dan Farhanim Abdul Manan. Moga terus hubungan kalian dirapatkan dan juga dijodohkan Ilahi. opsss! :) 

Terima kasih kalian. Terima kasih atas segala nasihat. Akan abang bawa kenangan bersama kalian selamanya walau ke dunia yang lain nanti. :)



puisi untuk sahabat

Malam ini sunyi dan sepi
Bulan indah menyinari menemani malamku

Indah malam telah memanggil aku
untuk menyaksikan dengan penuh sayu

Ku pandang langit malam yang tinggi
Ternyata bertaburan bintang berkedipan tanpa dapat dihitung

Andaikan aku dapat berdiri di sana
Akan ku bawa diriku dan sabahabatku menari di sana
Disaksikan bulan dan bintang

Akan ku petik bintang paling cantik
Akan ku berikan kepada teman, sahabat, dan kawan yang selalu bersama ku
Menemani ku dikala aku kesedihan


*Terima kasih sahabat!

Sunday, March 17, 2013

Kahwin

Bila kita berbicara tentang kahwin
Ramai yang tersenyum
Terbayang akan kebahagiaan yang akan dikecapi

Nikmat perkahwinan itu memang indah
Seperti indahnya apabila terbit matahari di kala kita kegelapan
Seperti indahnya terbenam matahari apabila kita kepanasan

Tapi bagi aku
Perkahwinan itu bukan satu landasan untuk kita menggapai kebahagiaan
Orang cakap..
Bila kahwin hidup kita senang
Semua pasangan kita yang lakukan
kemas rumah, basuh baju, masak, picit badan dan lain-lain

Tapi bila kita cakap kita tidak mahu kahwin
Terus kita dilabel sebagai tidak normal

Mungkin dia trauma dengan kisah keluarganya
Mungkin juga dia ada penyakit yang menghalang untuk berkahwin
Mungkin juga dia tidak mampu dari segi fizikal
Mungkin juga dia tidak mampu dari segi nafkah

Sebuah perkahwinan ini memerlukan tanggungjawab yang besar
Tanggungjawab yang tak pernah kita pikul sebelum ini
Bagai nakhoda kapal yang menjaga anak-anak kapalnya


Saturday, March 16, 2013

Merepek

Aku kini sudah semester yang ke-5
Satu semester sahaja lagi untuk meninggalkan UiTM
Rasa kejap cuma aku berada di sini

Banyak kenangan indah di sini
Banyak juga kenangan pahit
Namun semua aku ambil
Semua aku telan
Sebagai kenangan aku suatu tika nanti

Aku sayang akan pensyarah aku
Aku sayang akan kawan sekelas
Aku sayang akan junior dan senior 
Aku sayang adik beradik
Aku sayang SMF

Sayang itu kadang kala tidak perlu dilafazkan
Ia datang dari hati yang ikhlas

Moga hari-hari terakhir aku di UiTM ini
dapat mengaut seribu lagi kenangan untuk ku bersama langkah ku nanti
Langkah menuju hidup yang sebenar

Dia kawan yang terbaik
Yang banyak membawa aku menempuh kejayaan
*Ainina Rasidan, Syaza Soraya, Norashikin Johari, Mohammed Azmi, Mohamad Zhafri Syamil, Sarah Atiqah

Akan aku ingat kalian sampai bila-bila

Tidak lupa kepada adek beradek SMF yang lain. :)) 


Jaga Tepi Kain Orang

Apabila kita berbicara tentang manusia
Banyak tanggapan serta tafsiran yang boleh dibuat
Ada sikap baik ditafsirkan menjadi buruk
Ada juga sikap buruk ditafsir menjadi baik

Tapi..
Satu sikap manusia yang aku tidak suka
JAGA TEPI KAIN ORANG

Kenapa ada manusia macam ni?
Tidak salah untuk mengambil tahu tentang seseorang
tetapi..
Janganlah sampai menyibuk
dan..
Bawa cerita ke sana ke sini

Orang ada awek..
Biarlah
Orang keluar dengan awek..
Biarlah
Asalkan dia tahu jaga batas pergaulan mereka

Orang gagal peperiksaan
Biarlah
Orang malas buat tugasan..
Biarlah

Yang awak nak sibuk dengan urusan mereka tu kenapa?

Friday, March 15, 2013

Adik Beradik

Tadi kami ketemu lagi
Dalam bilik yang kecil itu tempat kami berkumpul
Tempat kami ketawa bersama
Tempat kami bergaduh bersama
Tempat kami sedih bersama

Kami adik beradik
Walau berlainan ibu dan ayah
Kami tetap memerlukan satu sama lain

Dua puluh satu jentera APB
Yang akan mengangkat nama APB
Terus dilonjak kejayaan

Aku sayang kalian
Aku perlukan kalian
Terima kasih jentera SMF



Hujan

Awan merintih kepedihan
Membasahi bumi dengan air matanya

Aku membuka tirai tingkap kamar ku
Indah nya hujan
Boleh merintih begitu
Tapi tidak aku
Terpaksa disorok tangisan ini

Makin disorok makin terseksa
Makin dirahsiakan makin merana
Tapi..
Apa boleh buat
Tiada siapa yang mahu peduli

Cukuplah dunia aku dengan sebuah laptop
Membuka laman ini untuk menggerakkan jari jemari ku
Mencoret apa yang difikirkan

Aku ingin menjadi hujan
Bebas menangis

Aku ingin menjadi burung
Bebas terbang ke angkasa

Aku ingin menjadi angin
Mampu untuk menyejukkan orang lain

Aku juga ingin jadi sebahagian daripada kau
Cukuplah sebahagian
Kerana aku tak mampu untuk menjadi sepenuhnya dalam hidup kau
Bahagiakan lah aku
Cuma sementara

Putih Putih Melati


Siapa bilang aku seperti dia

Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar2 cinta
karna kau tak seputih melati



kalau ada hitam pasti ada putih
jika hatimu kelam tk mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
karna kau tk seperti melati ohhhh



putih2 melati
merah2 delima
siapa yg baik hati
pasti ku terima ahhh…

Gula-gula getah

lembut langkahnya datang ke arah ku
Sopan tuturnya menegur aku
Manis bibirnya tatkala mengukir kata
Namun itu hanya sementara

Kadang aku terfikir
aku rindu prihatin daripada dia
aku rindu bual bersamanya
aku rindu leterannya
aku rindu nasihatnya

Akan tetapi...
Cinta itu sementara
Tidak berpenghujung
Manis pada mulanya
Pahit kini ku rasa
Macam gula-gula getah
Makin dikunyah makin pahit rasanya


Tapi...
Bukan salah dia
Aku yang bersalah
Kerna tidak mampu untuk membawa cinta kami hingga penghujung
Aku bukan yang terbaik untuk dia
Juga bukan yang terbaik untuk sesiapa


Menangis Lagi

Aku tidak kuat!

Aku lemah!
Aku semakin mengalah!

Aku penat tersenyum
Aku penat membuat jenaka
Aku penat gelak bersama teman

Itu penipuan
Itu bukannya diri ku yang sebenar
Aku kini berubah
Hilang keriangan aku yang dulu

Saat aku melangkah mencari teman
Aku gembira keriangan
Saat aku bersama mereka
Aku tidak lari dari tersenyum

Kini mereka tidak tahu..
Aku bukan yang dulu
Aku derita, aku merana, aku terseksa.

Masanya akan tiba..
Moga aku mampu tersenyum untuk dia dan mereka suatu hari nanti

Mercu Tertinggi

Indahnya bila di puncak

Tak siapa yang tahu perit aku lalui
Cuma fitnah ditabur
Kutukan menjadi pemanis mulut
Dengki menjadi selimut tebal


Bukan mudah untuk ku capai
Lagak aku macam seorang bayi
Meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan
Itu semua yang aku lalui.