BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 17, 2011

Perjuangan Bangsa Melayu

Assalamualaikum W.B.T. & salam sejahtera aku ucapkan. Aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya dapat aku menulis penulisan ini dan Alhamdulillah dengan izin-Nya juga aku dilahirkan di negara yang aman ini, Malaysia. Lahirnya aku sebagai bangsa Melayu / Islam di negara Malaysia membuat aku berasa bangga & bertuah. Hati aku berasa gelisah dan tidak tenteram dengan orang-orang Melayu zaman sekarang ini  dengan perasaan tidak puas hatinya. Kita dapat lihat perpaduan orang-orang Melayu / Islam makin terhakis. Adakah ini semuanya dalang-dalang daripada orang-orang kita sendiri? Ya, sudah semestinya perpecahan ini berlaku atas bangsa itu sendiri untuk kepentingan pihak tersebut dan manfaatnya untuk orang selain kita. Aku tahu yang aku ini memang seorang pelajar yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi dengan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. aku tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Yang menilainya nanti sendiri-sendiri. Orang-orang Melayu kena sedar bahawa ketidakharmonian yang berlaku atau akan berlaku atau sudah berlaku ini hanya ingin melihat kita bermusuh-musuhan. Ini akan dimanfaatkan oleh pihak lain yang pasti bukan orang-orang kita yang akan dapat manfaatnya suatu hari nanti. Janganlah disebabkan ketidakpuasan hati kita sanggup membuat perbuatan yang luar kawalan diri kita. Ya, kita rasa perbuatan kita dengan cara itu adalah cara yang bernas dan dikatakan cara terakhir untuk mendesak seseorang / organisasi. Kita ingat tak ibu bapa kita berpesan dengan kita waktu kecil-kecil jangan gurau-gurau lagi dengan adik kamu tu, nanti bergaduh pula. Kita boleh lihat, mula-mulanya kita mahu membuat secara aman, akhirnya akan berlaku pergaduhan sebab ketika itu perasaan sedang memberontak supaya tuntutan itu berjaya. Banyak ruang-ruang yang boleh kita gunakan untuk meluahkan masalah bukan dengan cara yang tidak sepatutnya. Zaman sekarang ini, orang-orang Melayu tidak sepatutnya berlaku sedemikian rupa. Seharusnya kita tidak membuat perbuatan yang luar dari kawalan diri kita. Kenapa aku berkata sedemikian? Orang-orang Melayu sepatutnya berbangga dengan apa yang telah kita miliki. Lihatlah apa yang kita boleh banggakan – tanah, tanah Melayu, duit, duit Melayu, raja, Raja Melayu, kereta, kereta Melayu, baju kebangsaan, baju Melayu, kereta api, kereta api Melayu dan banyak lagi yang telah dihidupkan untuk Melayu. Tetapi orang-orang Melayu itu mudah lupa. Benarlah kata-kata Tun Dr. M. Melayu mudah lupa. Janganlah sifat ketidakpuasan hati itu menyebabkan segala-galanya hancur musnah. Bak kata pepatah, “Sudah terhantuk baru nak tergadah” & “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Aku ingat kata seorang atuk ni walaupun umurnya cecah 92 tahun, seronok dengar pengalaman-pengalaman hidupnya. Orang Melayu ini memang lupa, kita kena ingat jasa-jasa pemimpin kita, kamu ingat tak kenapa kereta kancil tu dibuat kat Malaysia, ia untuk kemudahan orang-orang Melayu, Tun fikir betapa susahnya orang-orang kampung (Melayu) untuk masuk kereta di jalan-jalan kampung yang kecil. Jadi, Tun merancang untuk membuat kereta kecil yang boleh diguna pakai oleh masyarakat kampung. Ingatlah bagaimana pemimpin-pemimpin Melayu dulu begitu payahnya untuk menghidupkan kuasa-kuasa orang Melayu. Aku tak pernah terfikir sebab apa kereta kancil itu dibuat & untuk siapa. Tak sangka orang tua ini yang umurnya hampir satu abad boleh berfikir jauh ke situ. Janganlah khazanah yang dibina hancur berkecai begitu sahaja disebabkan sifat tidak puas hati kita. Ya, tidak menafikan kadang-kadang aku pun ada sifat tidak puas hati tapi abah aku selalu pesan sifat tidak puas hati itu guna untuk kebaikan. Jika kita tidak puas hati dengan kejayaan seseorang, maka sepatutnya kita mengikut cara kejayaannya juga. Itu sepatutnya sifat tidak puas hati. Bukannya tidak puas hati terus menjatuhkan orang. Tentang sifat puas hati, sejak dari dulu orang Melayu memang begitu. Aku dengar pengalaman orang tua tu lagi, beliau cerita sebab apa orang Melayu masih tidak puas hati dengan bangsanya sendiri. Sejak dari zaman hang Tuah lagi, kamu ingat tak nak(anak) waktu hang Tuah lawan dengan hang Jebat. Nak(anak) tau tak hang Jebat hendak menuntut pembelaan kematian hang Tuah sebab itu hang Jebat derhaka kepada Sultan. Bila hang Jebat tengok hang Tuah masih hidup. Hang Jebat menyesal sangat akan penderhakaannya. Kalau aku tahu engkau hidup lagi Tuah, tidak aku derhaka kepada Sultan. Dalam cerita yang didengar hang Tuah berjaya merampas keris taming sari. Sebenarnya, hang Jebat mencampakkan keris taming sari kepada hang Tuah. Itu yang orang tua itu ceritakan. Engkau ambil la keris sakti ni Tuah, terpulang kepada engkau Tuah sama ada hendak bunuh atau sebaliknya. Ingat nak(anak) jangan kamu macam itu untuk kemasyuran. Lagi satu orang tua tu cerita, orang Melayu ni memang perasaan sangka buruknya kuat. Nak(anak) ambillah iktibar Singapura dilanda todak. Disebabkan ada seorang budak yang bijak menyuruh pemerintah ketika itu meletakkan batang pisang, maka todak pun berjaya dihapuskan. Orang-orang Melayu yang kuat sangka buruk lalu membunuh budak itu atas alasan suatu hari nanti budak ini akan menjadi raja yang zalim. Sekarang kamu tengok la nak(anak), Singapura tu, raja pun tak ada, pemerintah sekarang ni siapa? Cukup la atuk ceritakan dua peristiwa tu, nak cerita banyak lagi, yang zaman sekarang punya cerita jangan dicakap la pasal rogol, akhlaknya lagi, makin dah tambah sifat-sifat yang tidak elok. Banyak juga orang tua ni bercerita untuk menaikan semangat Melayu aku ini. Aku tercengang sekejap bila orang tua tu bercerita. Aku bangga sebab dapat berjumpa orang seperti beliau walaupun sudah usia hampir satu abad tetapi pemikiran, pengalaman & asam garam hidupnya mahu dikongsi dengan aku. Kata-kata beliau banyak memberi aku semangat supaya Melayu itu wajib bersatu. Akhir sekali aku pegang kata-kata beliau walaupun aku rasa tidak masuk akal. Nak(anak) ingat, akan berlaku balik peristiwa 13 Mei dan lebih dahsyat lagi. Aku makin tercengang dengan kata-kata orang tua ni, mungkin beliau berpesan agar bersiap sedia sahaja atau sebagai panduan untuk aku yang akan bakal jadi. Ternyata apa yang orang tua itu katakan sudah makin NAMPAK. Mungkin yang dimaksudkannya lebih dahsyat adalah seseorang yang akan menjadi “api dalam sekam” menghasut orang-orang Melayu bermusuh-musuhan sesama sendiri. Cukuplah sampai di sini penulisan aku. Hanya yang boleh aku buat hanya berdoa dan menyampai perkara-perkara yang sepatutnya supaya orang-orang Melayu tidak berpecah.

0 carca marba: