BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 21, 2011

Pemikiran Historis

Berfikir secara historis ditandai oleh daya usaha untuk mengenal pasti kejadian-kejadian yang berlaku pada masa lalu untuk menerangkan mengapa sesuatu perkara itu berlaku sekarang. Pemikiran historis mementingkan perkataan-perkataan sebab dan kerana. Tidak bermakna semua perkaitan sebab dan akibat adalah bersifat historis, tetapi banyak masalah hari ini memang mempunyai sebab-sebabnya pada satu ketika dahulu. Dalam pemikiran ini, sekiranya ingin menyelesaikan sesuatu masalah, kita mesti mencari puncanya seperti apa yang menyebabkannya? Siapa yang menyebabkannya?

Contoh:
Nasi yang kita masak hangit. Apa puncanya? Sebab api terlalu besar. Siapa puncanya? Tukang masak.

Contoh soalan:
Keruntuhan moral dan gejala di kalangan muda-mudi sekarang dikaitkan dengan kegagalan institusi kekeluargaan memainkan fungsinya dengan berkesan. Berikan pendapat anda.

antara pandangannya  ialah:


  1. Sikap ibu bapa yang  sibuk dengan kerja sehingga tiada masa bersama anak-anak.
  2. Anak-anak kurang didikan agama oleh ibu bapa.
  3. Sikap ibu bapa yang suka bergaduh dan menyebabkan penceraian.
  4. Anak-anak terlalu dikongkong dan menyebabkan anak-anak berasa lemas terpenjara di dalam rumah.
  5. Keluarga yang mempunyai masalah kewangan.

0 carca marba: