BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 20, 2011

Ciri-ciri Pemikir Bijak

Pemikir bijak bermaksud seseorang yang bijak, cerdik dan pandai menggunakan proses minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang di alami.

Antara ciri-ciri pemikir bijak ialah:

1. Cekal
Cekal bermaksud sesuatu yang berkenaan dengan hati iaitu tetap dan teguh hati, tahan menderita, tabah. Sikap ini akan membantu seseorang dalam bertindak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sangat matang dalam berfikir dan bertindak serta berfikiran positif. 
Contoh: Sesebuah syarikat muflis dan syarikatnya pula hampir bankrap. Beliau cekal menghadapi dugaan itu dan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan fikiran yang positif.

2. Luwes
Luwes bermaksud tidak terlalu ketat. mudah disesuaikan, dapat diubahsuai. Dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi, tempat dan keadaan.
Contoh: Seorang pemikir bijak akan pandai menyesuaikan diri tidak kira di mana mereka berada dan apa jua situasi.

3. Kurang Impulsif
Kurang impulsif bermaksud tidak bertindak tergesa-gesa mengikut dorongan kata hati. Tidak membuat keputusan dengan tergesa-gesa dan mengambil tindakan yang sia-sia yang akan mendatangkan kesan negatif.
Contoh: Individu tersebut kesuntukan masa untuk membuat keputusan. Mereka mengikut kata hati. Jika pemikir bijak, mereka tidak boleh buat keputusan berdasarkan dorongan hati.

4. Ingin tahu
Ingin tahu bermaksud berasa mahu memahami atau mengerti sesuatu. Perasaan ingin tahu penting kerana berdasarkan perasaan ingin tahu, seseorang itu akan berfikir dengan lebih rasional dan logik.
Contoh: Perasaan ingin tahu kenapa perkara itu terjadi, siapa yang melakukannya, apa risikonya yang akan terjadi jika perkara itu berlaku, bila ia berlaku dan pelbagai lagi persoalan yang boleh menimbulkan perasaan ingin tahu itu wujud dalam diri seseorang.

5. Bekerjasama
Bekerjasama bermaksud bekerja bersama-sama atau dengan cara saling membantu, bergotong-royong. Melibatkan dua atau beberapa pihak untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik apabila melakukannya bersama-sama dari segi pelbagai rupa bentuk bantuan iaitu bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman dan lain-lain lagi dari segi satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama.
Contoh: Sesebuah syarikat melakukan satu projek besar bernilai berjuta-juta ringgit. Ketua pengarah syarikat meminta-minta orang-orang bawahannya bekerjasama dengannya untuk bersama-sama menjalankan projek tersebut supaya segala yang diselenggarakan berhasil dan berjaya.

6. Reflektif

7. Mengambil  Risiko

8. Mahir menyoal

9. Tidak Mudah Putus Asa

10. Asertif

0 carca marba: