Manusia itu ada pelbagai ragam
Rambut sama hitam
Hati lain-lain
Mulut manis berbicara
Hati busuk ibarat bangkai
Depan nampak baik
Belakang kejian, umpatan diberikan
Aku tidak mudah tewas
Aku tidak akan kalah
Dengki itu sudah menjadi adat
Bila kawan berjaya, mula lah strategi dipasang
Ada yang tersenyum bila aku tersungkur
Namun ada juga yang tersenyum bila aku di puncak
Akan ku terus berdiri
Berpijak di bumi nyata
Sesekali tidak aku berpaling
Untuk manusia macam kamu
Susah aku dicari.
Mana kawan-kawan yang kamu agungkan?
Aku tetap di sini untuk orang yang menghargai kawannya sahaja!
0 carca marba:
Post a Comment