BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 1, 2013

Ini kisah hidup aku

Assalamualaikum w.b.t...

Tanggal 11 Februari 1991, aku dilahirkan di sebuah kampung yang jauh dari kesibukan kota. Tenang, aman dan damai. Di situ lah aku mengenali dunia. Zaman kanak-kanak aku banyak dihabiskan di sana. Kampung Kalai, Jeli Kelantan menjadi saksi di mana pertama kalinya tangisan suara ku kedengaran.


Baik lah, aku bukan ingin bercerita mengenai kampung yang permai ini. Tetapi entri kali ini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan, sekolah-sekolah yang pernah aku belajar, pernah aku menuntut ilmu, dan sekolah-sekolah ini lah yang telah mengajar aku untuk menjadi manusia.


1. Sekolah Kebangsaan Kalai, Jeli Kelantan (1998-2003)

Enam tahun aku di sini bermula dengan darjah satu. Ketika sekolah dulu sifat kepimpinan aku dah mulai nampak. Di sekolah inilah, kepimpinan aku bermula. Di sini aku telah menjadi Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pengerusi Kelab Bahasa Melayu. Wahhh, ini semua kenangan! Tapi dulu aku masih tidak mengerti apa itu seorang ketua. Apa yang aku tahu, ketua ini hanya dibuli! haha. Bukan kepimpinan sahaja yang aku ceburi, malah aku juga aktif sukan ketika di sekolah ini. *Okay tengok sijil kejap. Hehe..

Aku ingat lagi di sini aku aktif dengan sukan bola baling. Sampai ke peringkat daerah Tanah Merah. Dan dapat sijil Perak. Dulu susah main sukan. Banyak peringkat. Mula-mula peringkat zon, peringkat cawangan dan baru peringkat daerah. Selain itu, aku juga aktif dengan sukan olahraga. Siapa sangka si kenit ni mampu berlari. Aku ingat  lagi acara kegemaran aku 4 x 200 meter. Penat juga berlari satu padang. Haha. Dan aku juga merupakan Ketua Rumah Sukan Biru. Haha. Selain itu, sukan lain yang aku sertai ialah hoki. Okay tak nak cerita sebab kalah di peringkat awal. haha.

Akademik? Aku bukanlah pelajar cemerlang pun. Biasa sahaja. Tapi TOP 5 lah. haha. Dulu waktu sekolah rendah penat sangat. Pagi pergi sekolah. Petang ada kelas fardhu ain. Lepas maghrib pergi mengaji Quran. Lepas mengaji pergi kelas tambahan sampai lah jam 10 malam. Haha. Tapi dulu tak rasa pun penat mungkin sebab kami budak-budak. Tidak mengerti apa itu penat. 6 tahun aku di situ, satu anugerah aku dapat. "Anugerah Pelajar Harapan dan Berwibawa". Lawak je nama anugerah ni. Haha. Tapi penghujungnya aku telah buat mama dan abah kecewa dengan keputusan peperiksaan aku. Aku juga kecewa tapi ntah lah perasaan tu kejap sahaja. Budak-budak~~ haha. Aku hanya dapat 3A 2B. :)

Aku rindu kawan-kawan aku.. Idah, Abe Long, Abe Ngah, Ila, Kakak, Suhaila, Eji, Juki, Pok Din, Suhaimi,                  
 Kak Nik, Sal dan ramai lagi.. Tapi ke mana ntah mereka sekarang. Selepas habis darjah 6 aku pindah ke Dengkil, Selangor..


Nanti aku sambung pulak cerita di sekolah menengah. Nak turun pergi kenduri kahwin. Hehe.

Wassalam.. 

0 carca marba: