BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 7, 2011

Budaya Melayu

Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. 

Budaya Melayu merangkumi adat resam, bahasa, pendidikan, dan sebagainya. Salah satu contoh budaya ialah seni tarian Melayu. Pada 25 Oktober-28 Oktober 2011, fakulti saya telah menghantar 20  orang pelajar ke Universiti Walailak Nakhon Si Thammarat, Thailand untuk mempersembahkan kebudayaan Melayu. 2 orang penyajak, 2 orang penyanyi dan 16 orang penari. Objektif program ini adalah untuk mempamerkan kebudayaan Melayu di mata dunia selain mengeratkan hubungan antara dua negara. Gambar perjalanan program boleh dilihat dibawah:


                                                       Tarian Silat oleh penari lelaki



                                                              Tarian pembukaan


                                         
                                            Bersama-sama dengan penari dari Walailak Universiti

                                            Penari bersama dengan VIP dari UiTM Shah Alam.

Friday, September 2, 2011

Sekalung Kemaafan

Post kali ini adalah untuk saya memohon ampun dan maaf kepada pengikut setia blog saya kerana telah lama tidak update blog ini. Lenteran daripada kesibukan berpuasa dan menyambut raya menyebabkan saya mempunyai sedikit masalah masa untuk mencurah idea dalam blog ini. Di harapkan anda tidak terasa hati dan boring dengan blog ini. Sekali lagi jutaan maaf daripada saya.



Sunday, July 24, 2011

Kelainan Bahasa dari Aspek Sosial

Istilah-istilah dalam aspek sosial

1. Akrolek
Akrolek ialah kelainan bahasa yang dianggap paling tinggi. Ia diucapkan oleh orang yang fasih ataupun penutur asli. Kelainan ini dianggap sebagai kelainan standard. Istilah digunakan untuk mengukur tahap  kefasihan seseorang dalam berbahasa.

2. Basilek
Kelainan yang dianggap paling rendah. Contoh: 

  • Bahasa pasar.
3. Vulgar
Kelainan bahasa yang digunakan oleh orang yang tidak berpendidikan.

4. Slanga
Kelainan bahasa yang bersifat khusus dan rahsia yang digunakan oleh kelompok tertentu yang tidak boleh diketahui oleh orang yang bukan dari kelompok tersebut. Slanga bersifat temporal dan selalu digunakan oleh orang muda. 

5. Kolokial
Kelainan bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari. Bukan bahasa tulisan.
Contoh:
Masuk askar --> menyertai askar
Tak betul --> tidak betul

6. Jargon
Kelainan bahasa yang digunakan dalam kelompok-kelompok tertentu. Hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Ungkapan ini bukanlah satu rahsia, tetapi hanya difahami oleh ahli dalam sesuatu bidang itu sahaja.
Contoh bidang elektrik:
watt, kabel, dawai bumi, dawai hidup.

7. Argon
Bahasa yang digunakan dalam pekerjaan tertentu dan bersifat rahsia. Biasanya digunakan oleh perompak dan pencuri. 

8. Ken
Kelainan bahasa yang menggunakan nada yang merayu-rayu dan merengek-rengek untuk mendapat perhatian simpati daripada pendengar.  Contoh:
Pengemis dan pelacur.

Apa itu Laras?

Laras ialah kelainan bahasa dari segi penggunaanya. Ciri laras jelas dalam kosa kata, morfologi, istilah. Menerusi Halliday (1978) laras ialah bidang atau tajuk yang berkait dengan tujuan atau perkara komunikasi tersebut. Mode atau cara penyampaian iaitu bagaimana cara komunikasi sama ada pertuturan atau tulisan. Stail dan gaya iaitu bergantung antara pertalian dengan perserta yakni melihat kepada siapa kita berkomunikasi. Salah satu  cara untuk mengenal laras ialah penggunaan kata ganti nama dan kata panggilan. 

Empat perkara yang menimbulkan laras yang berlainan:

1. Cara penyampaian
Cara bentuk atau hubungan sama ada bertulisan atau tulisan. Setiap satu cara penyampaian mempunyai bentuk penggunaan bahasa yang tersendiri. 
Contoh:
Berbual secara berhadapan berbeza dengan berbual secara telefon. 

2. Perhubungan sosial dan peribadi
Berbagai-bagai hubungan peribadi yang wujud. Contohnya:
Hubungan pekerja dengan majikan, hubungan ayah dengan anak.

3. Bahan yang diperkatakan
Bahan tersebut ialah topik perbincangan. Topik berbeza menyebabkan gaya penyampaian juga berbeza. Contoh:
Perubatan, undang-undang.

4. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
Penggunaan bahasa dalam upacara tertentu. Contoh:
Istiadat nikah kahwin, jual beli, khutbah.

Jadi, jelaslah di sini bahawa empat faktor inilah yang telah menimbulkan perbezaan laras.