BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 3, 2013

Persoalan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.


Sedang aku asyik termenung menyaksikan awan berarak, aku mula terfikir sampai bila ingin begini? Terus dengan masalah. Tanpa henti. Jiwa mula merengek kepanatan. Bibir penat tersenyum. Berlakon gembira di hadapan semua orang. Hakikatnya aku yang tahu betapa pedihnya jiwa ini. meronta-ronta inginkan kebebasan.

Namun tidak aku menyalahkan takdir. Aku terima segalanya yang diberikan dan diuji olehNya untuk aku. Aku tahu ini permulaan langkah hidupkan. Hidup dalam kesibukan. Tiada siapa yang tahu betapa penat dan lelah aku. Tidak pula aku katakan kepada sekeliling.

Saat ini pelbagai persoalan mula timbul. Berlumba-lumba menyapa benak fikiranku. Tidak satu pun sempat aku pegang. Dia datang dan dia lari. Dalam sekelip mata. Kali ini, aku hanya mampu bersabar dan terus ketawa hingga ke garisan penamat. Sekejap sahaja lagi.


Biar apa orang kata
Terus merangkak demi kejayaan
Biar apa orang herdik
Terus berjalan demi kehidupan
Biar apa orang caci
Terus berlari demi kepuasan diri


Wassalam.. :)

Kecewa

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Tiada apa yang penting untuk aku kongsi pada malam ini. Cukuplah hanya sekadar untuk meluahkan perasaan yang sangat kecewa dan sedih. Kawan dan sahabat itu berbeza? Bagi pendefinisian aku sendiri kawan itu boleh jadi sesiapa. Kawan baru kenal. Kawan untuk berjalan-jalan. Kawan untuk belajar kumpulan dan sebagainya. Manakala sahabat ialah seseorang yang boleh menerima kebaikan dan keburukan kawannya. Yang selalu ada ketika susah dan senang. 

Sungguh aku sangat kecewa apabila bercakap mengenai kawan atau sahabat. Aku fikir apabila kita sekelas dan serumah kita boleh anggap dia sebagai sahabat. Namun sangkaan aku silap. Mereka hanya tempat untuk aku berseronok dan aku tempat untuk mereka berseronok. Bagi aku dalam persabatan ni kena ada 'give and take'. Bukan dalam perhubungan cinta sahaja. 

Betul lah orang cakap, sahabat itu tak ramai. seorang atau dua orang sahaja. Sebab orang yang betul-betul boleh menerima diri kita itu tidak ramai. Sejujurnya aku cakap aku suka berkawan. Tapi bila perkara ini berlaku, aku rasa kecewa. Aku tak tahu nak anggap kau apa lepas ni. Mungkin hanya sebagai kawan serumah. 

Tapi ingatlah, jangan fikir kau terlalu hebat. Apabila kau tidak suka aku kau cerita kepada A, B dan C. Apabila kau tidak suka A. Kau cerita kepada aku, B dan C. Ingat, apabila kau buat macam ni, orang tak kan percaya kepada kau lagi. Kalau kau tak suka atau tidak puas hati dengan seseorang, tak payah lah bising-bising. Kau uruskan berdua je tanpa pengetahuan orang lain. Hal ini untuk menjaga air muka kawan kau. 

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira. 
Tetapi, wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.


Wassalam... 

Sunday, June 2, 2013

Kenangan Kanak-kanak

Assalamualaikum dan Selamat pagi.

Alhamdulillah pagi ini aku masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara segar. Entri kali ini aku nak kongsi dengan rakan-rakan permainan yang aku gemari ketika menjadi kanak-kanak. Bila diingat kembali memang seronok. Nostalgia kot. Dan aku yakin sekarang sudah tidak ada permainan-permainan ini. Mana taknya, kanak-kanak sekarang ramai yang dah ada tab, facebook dan lain-lain. Ketika aku zaman kanak-kanak, IT masih di tahap yang memberangsangkan. Kalau ada pun, di kota besar.

1. Main Huruf

Dulu masa di sekolah, aku suka main game ni. Aku paling bersemangat. Cikgu pun main kot dengan kami. haha. Siap ada boleh bagi markah.


2. Teng-teng

Game ni agak syok jugak. Biasa aku main game ni atas tanah lapang. Ada jugak orang main atas simen. Lepas tu buat garis guna kapur. Kami main atas tanah sebab senang nak campak buah dan faktor keselamatan juga. Biasanya game ni budak perempuan yang gemar. Tapi aku main je. haha. Macam-macam bentuk boleh buat. Tapi yang paling famous bentuk kapal terbang. 


3. Bola Tin

Game ni best main kalau ramai orang. Akan ada dua pasukan. Pasukan A dan Pasukan B. Mula-mula A yang akan baling bola. Kalau tin dah roboh semua, Pasukan B akan baling bola kepada pemaian Pasukan A. Kalau bola kena di badan mereka, pemain akan mati. Peranan Pasukan A adalah menyusun kembali tin seperti asalnya. Kalau semua pemain Pasukan A mati, Pasukan B pula yang akan memulakan permainan. Game ni aku pernah main dengan mama dan abah aku kot dulu. Memang syok. haha.


4. Tuju Selipar

Permainan ini pun salah satu kegemaran aku. Kaedahnya lebih kurang dengan main bola tin. Peralatan permainan ni cukup mudah. Bola dan selipar. Permainan kanak-kanak dulu tidak perlukan bajet yang besar macam sekarang. Tambahan, boleh mengeratkan silaturahim. 


5. Main titik

Hah, ini lagi satu permainan yang aku suka. Permainan ni menggunakan buku petak kecil. Dulu aku ingat lagi aku beli sebuah buku petak kecil semata-mata untuk main game ni. haha. Sekali main boleh dua orang je. 



hahaha. Itu lah antara permainan yang aku suka main ketika zaman kanak-kanak. Sekarang susah dah nampak kanak-kanak main game ni. Bila aku balik kampung, kanak-kanak zaman sekarang ramai yang pegang handphone. Ada yang pergi Cyber Cafe main game online. Walaupun kami kolot, tapi aku rasa permainan tradisional lah yang paling seronok. 

Wassalam....