BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 1, 2011

Wajarkah bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga di negara luar?

Bahasa Melayu perlu dimartabatkan agar bahasa kita tidak pupus ditelan zaman. Tapi ramai pihak yang mengambil isu ini seperti isu 'nasi lemak basi' iaitu tidak mementingkan nilai bahasa ibunda kita sendiri. Seperti yang kita sedia maklum bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada abad ke 1718. Jadi kenapa bahasa Melayu sekarang tidak dipandang tinggi sepertid dahulu? Mungkin pengaruh pemikiran barat yang terdapat dalam jiwa bangsa kita. 

Oleh itu, satu cara untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan mewujudkan bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di Negara luar. Hal ini agar orang luar dapat mengenali budaya Melayu, sejarah di samping dapat membaca, bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Melayu. 

Tujuan transformasi ini diadakan adalah untuk memdedahkan kewujudan bangsa Melayu itu sendiri. Dengan ini orang ramai akan mengenali bangsa Melayu secara totalnya. Kita lihat bagaimana minat dan kesedaran Duta Malaysia di Sri Lanka , Datuk Iskandar Sarudin pada sekitar tahun 2000-2004 terhadap bahasa dan budaya Melayu telah memungkinkan kelas bahasa Melayu diadakan di Kedutaan dengan isteri salah seorang pegawai Kedutaan menjadi munsyinya, dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membantu penyediaan modul dan bahan pengajaran. Apabila DBP mengadakan kursus untuk munsyi antarabangsa, beberapa orang lulusan kursus bahasa Melayu di Sri Lanka ikut serta dan kini merekalah yang menjadi munsyi bahasa Melayu bagi waris-waris Melayu di negara tersebut mempelajar bahasa Melayu . Jadi , hal ini telah memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. 
Bukan itu sahaja, kita lihat pula akan sejarah-sejarah Melayu yang lalu. Sudah ramai orang asing berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu. Upaya orang asing mempelajari bahasa Melayu telah bermula berabad-abad lalu, seawal abad ke-15 apabila Dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing yang turut meliputi bahasa Melayu dan hasil awalnya ialah penyusunan daftar kata China-Melayu. Usaha orang Barat seperti yang dirintis oleh Antonio Pigafetta dengan penyusunan daftar kata Itali-Melayu pada abad ke-16 dan diikuti oleh usaha menyusun buku pelajaran bahasa Melayu oleh orang Belanda, F. de Houtman pada abad ke-17 dan orang Barat yang lain telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Jadi, ramai warga asing telah cuba untuk mengangkat bahasa kita dengan menyusun sukatan-sukatan pembelajaran. 
 
Oleh itu, kita sebagai bangsa Melayu itu sendiri harus menggalakkan bahasa Melayu dilaksanakan sebagai bahasa ketiga di Negara luar.