Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Budaya Melayu merangkumi adat resam, bahasa, pendidikan, dan sebagainya. Salah satu contoh budaya ialah seni tarian Melayu. Pada 25 Oktober-28 Oktober 2011, fakulti saya telah menghantar 20 orang pelajar ke Universiti Walailak Nakhon Si Thammarat, Thailand untuk mempersembahkan kebudayaan Melayu. 2 orang penyajak, 2 orang penyanyi dan 16 orang penari. Objektif program ini adalah untuk mempamerkan kebudayaan Melayu di mata dunia selain mengeratkan hubungan antara dua negara. Gambar perjalanan program boleh dilihat dibawah:
Tarian Silat oleh penari lelaki
Tarian pembukaan
Bersama-sama dengan penari dari Walailak Universiti
Penari bersama dengan VIP dari UiTM Shah Alam.