BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 31, 2013

Dia seorang ibu

Tangis bayi memecah keheningan dinihari
Ibu meraung kesakitan
Sarat membawa beban di badan
akhirnya keluar jua

Penat lelah
air tangan menjadi santapan keluarga
masin, manis, tawar jua ditelan

Dia lah pari-pari yang bangkit awal di waktu pagi
Menyediakan minum dan makan untuk keluarga

Si suami ke pejabat
Si anak ke sekolah
Pakaian pula dicuci
Rumah pula dikemas

Sampai Tengah hari
Menjenguk ke dapur
Menyediakan juadah tengah hari
untuk si anak yang pulang dari sekolah

Bila petang ajar si anak buat kerja sekolah
Dia langsung tidak mengeluh
dari pagi hingga ke petang bekerja
Tanpa upah

Bila malam dia terus bekerja
Menyediakan juadah malam
Untuk suami dan anak-anak

Dia lah pari-pari yang bersengkang mata
tidur nya lewat
anak-anak sudah selamat tidur
Baru lah s ibu tidur
Tidurnya terjaga tatkala
Si bayi merengek kelaparan

Tapi dia tidak merungut.
Kita sebagai anak-anak?
Merungut jika permintaan kita tidak dipedulikan oleh si ibu

Kuatnya wanita yang bergelar seorang ibu



Thursday, May 30, 2013

Team Building

Pada 25 - 27 Mei 2013 telah diadakan satu program, iaitu Kem Team Building dan Kursus Asas Fasilitator. Program ini telah diadakan di Kem Desa Selesa Tanjung Malim, Perak. (Berhampiran dengan UPSI). Program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian Bahasa. Saudara Adam Ar-Rasyid telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengarah program ini. Tahniah Adam atas usaha dan komitmen anda! :)


Program ini bertujuan untuk mencari pelapis barisan SMF yang sedia ada. Seramai 44 orang peserta dan 17 orang urus setia yang telah menyertai program ini. Walaupun bilangan penyertaan agak mengecewakan pihak penganjur, namun, kami tetap bersemangat dalam memberi ilmu dan jati  diri kepada semua peserta. 

Saya telah ditugaskan untuk menjadi Biro Program dan Aktiviti sepanjang kem tersebut bersama-sama Acik, Faliq dan Mimi. Antara slot dan modul yang telah diadakan ialah:

1) Ice breaking 
Terdapat tiga permainan yang telah dilakukan, iaitu huruf awalmu huruf akhirku, tiru gaya ku, dan Tom and Jerry. 

2) Ice Breaking dalam kumpulan
Para peserta diagihkan kepada lima kumpulan, iaitu Ayam, Itik, Kuda, Lembu dan Harimau. Saya telah menjadi fasi untuk kumpulan Ayam  bersama-sama dengan Fasi Atiq. Dalam kumpulan tersebut, peserta diminta untuk memperkenalkan diri, cerita latar belakang sekolah, keluarga dan banyak lagi. Para peserta juga diminta untuk membuat sebuah beg yang berkonsepkan kepimpinan. 

3) Modul Kenegaraan
Slot ini telah diadakan pada waktu malam. Para peserta diminta untuk membentuk sebuah negara baru dan membina sebuah mercu tanda negara tersebut dengan menggunakan penyedut minuman. Setiap kumpulan diberikan waktu untuk membuat pembentangan. 

4) Burung Hantu
Para peserta diminta untuk berjalan seorang diri ke dalam hutan. Perjalanan selama 5 minit sahaja. Tanpa sesiapa yang menjadi peneman, peserta berjalan hingga ke garisan penamat. Pelbagai gelagat para peserta yang boleh dilihat. Ada yang penakut, ada yang berani. Selepas itu, setiap kumpulan diminta untuk menutup mata dengan menggunakan kain bewarna hitam. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh dua orang fasi. 

5) Explorace
Terdapat lima check point sepanjang game tersebut. Ketika sampai di check point, peserta diberikan peralatan seperti buluh, pelampung, tali, gunting, kertas mahjung, dan marker pen. di check point terakhir, peserta diminta untuk membuat rakit. Selepas selesai membuat rakit, muka peserta telah dicat seperti joker dan peserta menaiki rakit  dengan melalui jalan sungai hingga ke garisan penamat.

6) Penyambung Warisan
Dalam modul ini, peserta diminta untuk menghasilkan satu benda yang boleh melambangkan bangsa, negara dan agama. Dalam modul ini, fasi telah membuat provokasi fizikal bagi menghalang peserta untuk menghasilkan barang tersebut. Akhirnya, peserta berjaya menghasilkan sebuah buku skrap yang mengandungi bendera malaysia, tanjak, keris dan lain-lain lagi.

7) Malam Kemuncak
Malam kemuncak, peserta di bawa ke kawasan kelapa sawit. di sana mereka telah solat berjemaah dalam keadaan gelap gelita. Selepas itu, fasi menyorokkan 55 bungkus  nasi. Dan peserta harus mencari nasi tersebut dan makan. Ketika ini provokasi mental telah bermula. Ada peserta yang mendengar arahan ada juga yang membuat arahan sendiri. Keseluruhannya bagi aku, peserta memang terbaik.
Lebih kurang jam 11.30 malam, pelajar turun ke padang dan bermain war game. Peserta diagihkan kepada dua kumpulan iaitu Palestin dan US. Palestin menang dalam pertempuran ini. Modul terakhir untuk malam itu ialah jenazah. Peserta perlu memandikan jenazah, mengafankan jenazah, menyolatkan jenazah dan mengebumikan jenazah. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berbahaya berlaku pada malam tersebut. 

8) Merentas Halangan
Hari yang ketiga, iaitu hari terakhir. Pihak kem telah mengendalikan slot ini. Peserta telah merempuh dalam lumpur, kawat, spider web, titi dan akhirnya merentas sungai. Ada peserta yang  lemas. Nasib baik tiada apa-apa. 
Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Harimau yang telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik sepanjang kem tersebut. Manakala Saudara Fikri Mokhsin telah dinobatkan sebagai pemimipin harapan (lelaki) manakala saudari Ain sebagai pemimpin harapan (wanita). Aku pula telah dipilih oleh peserta sebagai FASI PALING GARANG. Terima kasih atas undian tersebut. hehe

Thursday, May 16, 2013

Manusia Itu Berbeza


Manusia itu ada pelbagai ragam
Rambut sama hitam
Hati lain-lain

Mulut manis berbicara
Hati busuk ibarat bangkai

Depan nampak baik
Belakang kejian, umpatan diberikan

Aku tidak mudah tewas
Aku tidak akan kalah

Dengki itu sudah menjadi adat
Bila kawan berjaya, mula lah strategi dipasang
Ada yang tersenyum bila aku tersungkur
Namun ada juga yang tersenyum bila aku di puncak

Akan ku terus berdiri
Berpijak di bumi nyata

Sesekali tidak aku berpaling
Untuk manusia macam kamu

Susah aku dicari.
Mana kawan-kawan yang kamu agungkan?

Aku tetap di sini untuk orang yang menghargai kawannya sahaja!