BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 23, 2013

Walailak University

Assalamualaikum..

Baru terbangun daripada mimpi
Mimpi kesibukan yang terlalu ghairah menerkam jiwa
Masa dihabiskan dengan menghasilkan kajian
Alhamdulillah semalam penulisan itu sudah dihantar dengan jayanya
Moga kejayaan akan menjadi milik aku

Jiwa ini ada tersimpan perasaan sebak
Ada juga perasaan gementar
Ada juga tidak sabar
30 Oktober akan berangkatnya aku ke luar negara
Negara gajah putih; Thailand
3 bulan di sana, apa ceritanya?
Tunggu dan lihat!


Wednesday, August 7, 2013

Ramadan kareem

Assalamualaikum...

Ramadan sampai jua ke penguhujung
Tangan diangkat doa dipinta
Moga ibadah dihitung
Bekal untuk ke syurga

Islam itu bukan letaknya pada ramadan sahaja
30 hari kamu puasa, syurga lah tempat kamu
Tidak..
Ingat!
Aurat itu perlu ditutup
Mulut itu harus dijaga
Jauh dari kutukan, umpatan dan kata dusta

Solat itu tiang agama
Puasa 30 hari, solat jarang sekali
Tiada guna..
Puasa 30 hari, rambut dibiarkan tatapan lelaki. Seluar ketat menampakkan bentuk peha yang mulus..
Tiada guna...
Puasa 30 hari, mulut bebas mencarut,
Mulut tidak lekang mengumpat,
Bibir menari-menari mengutuk dan mencaci,
Tiada guna....

Jangan berlagak alim kalau puasa penuh. Ingat Allah yang menilai. Bukan kamu. Bukan suami kamu. Bukan ibu kamu. Bukan adik kamu!

Saturday, July 20, 2013

Kasih Yang Terlerai (Bahagian 2)

Akil Iman mengimbau kembali kenangan pertama kalinya dia mengenali Misha Aisyah. Ketika mereka sedang terlibat dengan minggu orientasi pelajar baru di Universiti Malaya. Akil Iman diperhatikan oleh seorang gadis yang berbaju kurung hijau. Tampak manis. Sememangnya Misha Aisyah sangat cantik. Berkulit putih. Bentuk badan yang mempersonakan ramai lelaki. Boleh dikatakan Misha Aisyah itu persis bidadari dunia. Misha Aishah tanpa segan silu memulakan langkahnya mendekati Akil Iman yang sedang duduk sendirian di satu sudut untuk menjamah hidangan makan tengah hari. Lantas Akil Iman disapa.

"Assalamualaikum. Hai, awak seorang je ke? tanya Misha sambil mengukir senyumannya. Nampak cantik dengan berlesung pipit.

"Waalaikumussalam. Hai, yup saya saya seorang sahaja. Tak tahu lah kalau awak nampak ada orang lain disebelah saya," perli Akil Iman tanpa memandang wajah Misha Aisyah.

Tanpa dijemput Misha melabuhkan punggungnya duduk berhadapan dengan Akil Iman. Kerek betul lelaki ini! Gumam Misha sendirian. Akil masih lagi menyuap nasi ke mulutnya tanpa memandang Misha. 

"Boleh saya duduk di sini? Kesian awak makan sendirian," ujar Misha dengan yakin.

"Kalau saya kata tak boleh pun, awak dah duduk pun. Awak makanlah cepat. Nanti kita kena berkumpul di dewan pula," ujar Akil Iman dengan sedikit perlian lantas membuatkan Misha kurang selesa dengan layanan Akil Iman. 

"Ishh lelaki ni tak suka perempuan ke? Atau dia dah ada awek? Aku langsung tak dipandang," hati Misha berbicara sendirian. 

Misha lalu menyuapkan makannya ke mulut satu persatu. Tanpa mempedulikan Akil Iman dihadapannya. Mereka menyepi tanpa suara. Hanya kunyahan makanan yang kedengaran. Tanpa disedari Misha, Akil Iman bingkas bangun untuk menghantarkan pinggannya ke singki. Ketika Akil Iman bangun, secara tidak sengaja dia terpandang akan kecantikan Misha Aisyah. Tanpa disengajakan, tiba-tiba..

"Prenggg"

Pinggan kaca yang dipegang Akil Iman berderaian di atas lantai. Mengejutkan Misha yang sedang menyuapkan makanan. Lantas mereka berpandangan sesama sendiri. 


Bersambung.....