BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 23, 2013

Walailak University

Assalamualaikum..

Baru terbangun daripada mimpi
Mimpi kesibukan yang terlalu ghairah menerkam jiwa
Masa dihabiskan dengan menghasilkan kajian
Alhamdulillah semalam penulisan itu sudah dihantar dengan jayanya
Moga kejayaan akan menjadi milik aku

Jiwa ini ada tersimpan perasaan sebak
Ada juga perasaan gementar
Ada juga tidak sabar
30 Oktober akan berangkatnya aku ke luar negara
Negara gajah putih; Thailand
3 bulan di sana, apa ceritanya?
Tunggu dan lihat!


Wednesday, August 7, 2013

Ramadan kareem

Assalamualaikum...

Ramadan sampai jua ke penguhujung
Tangan diangkat doa dipinta
Moga ibadah dihitung
Bekal untuk ke syurga

Islam itu bukan letaknya pada ramadan sahaja
30 hari kamu puasa, syurga lah tempat kamu
Tidak..
Ingat!
Aurat itu perlu ditutup
Mulut itu harus dijaga
Jauh dari kutukan, umpatan dan kata dusta

Solat itu tiang agama
Puasa 30 hari, solat jarang sekali
Tiada guna..
Puasa 30 hari, rambut dibiarkan tatapan lelaki. Seluar ketat menampakkan bentuk peha yang mulus..
Tiada guna...
Puasa 30 hari, mulut bebas mencarut,
Mulut tidak lekang mengumpat,
Bibir menari-menari mengutuk dan mencaci,
Tiada guna....

Jangan berlagak alim kalau puasa penuh. Ingat Allah yang menilai. Bukan kamu. Bukan suami kamu. Bukan ibu kamu. Bukan adik kamu!

Saturday, July 20, 2013

Kasih Yang Terlerai (Bahagian 2)

Akil Iman mengimbau kembali kenangan pertama kalinya dia mengenali Misha Aisyah. Ketika mereka sedang terlibat dengan minggu orientasi pelajar baru di Universiti Malaya. Akil Iman diperhatikan oleh seorang gadis yang berbaju kurung hijau. Tampak manis. Sememangnya Misha Aisyah sangat cantik. Berkulit putih. Bentuk badan yang mempersonakan ramai lelaki. Boleh dikatakan Misha Aisyah itu persis bidadari dunia. Misha Aishah tanpa segan silu memulakan langkahnya mendekati Akil Iman yang sedang duduk sendirian di satu sudut untuk menjamah hidangan makan tengah hari. Lantas Akil Iman disapa.

"Assalamualaikum. Hai, awak seorang je ke? tanya Misha sambil mengukir senyumannya. Nampak cantik dengan berlesung pipit.

"Waalaikumussalam. Hai, yup saya saya seorang sahaja. Tak tahu lah kalau awak nampak ada orang lain disebelah saya," perli Akil Iman tanpa memandang wajah Misha Aisyah.

Tanpa dijemput Misha melabuhkan punggungnya duduk berhadapan dengan Akil Iman. Kerek betul lelaki ini! Gumam Misha sendirian. Akil masih lagi menyuap nasi ke mulutnya tanpa memandang Misha. 

"Boleh saya duduk di sini? Kesian awak makan sendirian," ujar Misha dengan yakin.

"Kalau saya kata tak boleh pun, awak dah duduk pun. Awak makanlah cepat. Nanti kita kena berkumpul di dewan pula," ujar Akil Iman dengan sedikit perlian lantas membuatkan Misha kurang selesa dengan layanan Akil Iman. 

"Ishh lelaki ni tak suka perempuan ke? Atau dia dah ada awek? Aku langsung tak dipandang," hati Misha berbicara sendirian. 

Misha lalu menyuapkan makannya ke mulut satu persatu. Tanpa mempedulikan Akil Iman dihadapannya. Mereka menyepi tanpa suara. Hanya kunyahan makanan yang kedengaran. Tanpa disedari Misha, Akil Iman bingkas bangun untuk menghantarkan pinggannya ke singki. Ketika Akil Iman bangun, secara tidak sengaja dia terpandang akan kecantikan Misha Aisyah. Tanpa disengajakan, tiba-tiba..

"Prenggg"

Pinggan kaca yang dipegang Akil Iman berderaian di atas lantai. Mengejutkan Misha yang sedang menyuapkan makanan. Lantas mereka berpandangan sesama sendiri. 


Bersambung.....

Kasih Yang Terlerai (Bahagian 1)

Akil Iman merenung ke luar tingkap rumahnya, terpandang akan dua orang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain gasing. Alangkah gembiranya hidup seperti kanak-kanak. Tiada apa yang perlu difikirkan hanyalah keseronokan. Hidup Akil Iman mula muram setelah dia menghidapi kanser otak. Sedang dia memandang kanak-kanak itu, dia disapa ibunya.

"Man, kamu dah makan?" Puan Zawiyah mengajukan pertanyaan sambil merenung muka Akil Iman yang semakin pucat. Perasaan hiba seorang ibu itu hadir dalam jiwa Puan Kamsiah. Tapi dia tidak boleh menangis di hadapan anaknya. Dia mahu kuat supaya anaknya juga kuat. 

"Man tak ada selera bu. Nanti Man lapar, Man makan ya bu. Kalau ibu nak makan, ibu makanlah dulu. Kalau ibu tunggu Man, nanti ibu lapar pula," ujar Akil Iman dengan penuh sayu. 

"Err..err.. Man, kamu ada call Misha tak? Misha tu selalu call ibu tanya pasal kamu. Dia call kamu, kamu tak jawab. Kenapa Man? Kamu dah tak suka dia ya? Dia tu risau pasal kamu Man." ujar Puan Zawiyah sambil duduk bersebelahan dengan anaknya. 

"Ibu, kalau Misha call lagi cakap je Man sihat. Pesan dengan dia jangan call lagi. Buat apa Man teruskan hubungan ni bu, kalau keadaan Man macam ni. Pergi ke kuliah pun Man tak mampu. Macam mana Man nak jaga dia? Macam mana Man nak bahagiakan dia? Biarlah dia cari orang lain. Ramai lagi yang boleh bahagiakan dia," ujar Akil Iman dengan nada sayu. Jauh dari sudut hatinya dia sayangkan Misha. Tapi jika ini takdir hidupnya, dia redha dengan segalanya. 

Puan Zawiyah hanya diam. Sepi tanpa kata. Dia sedih dengan segala yang berlaku. Dulu anaknya seorang yang lincah kini hanya terbaring di atas katil menunggu saat kematian. Hiba dia menatap wajah Iman semakin hari semakin lesu. Puan Zawiyah tidak dapat tahan sebak. Lantas dia keluar meninggalkan Akil Iman seorang diri.

Akil Iman mencapai sekeping gambar. Wajah seorang perempuan yang sangat dirinduinya. Misha Aisyah! Dia tahu Misha sanggup susah kerana dia. Misha juga sanggup menjaganya sepanjang dia sakit. Tapi hati lelaki itu ego. Dia tidak mahu menyusahkan Misha. Biarlah Misha tidak terlibat dengan ujian ini. Akil Iman mula menitiskan air mata memandang gambar tersebut. Kenangan dia dan Misha digamit satu persatu. 

Bersambung...... 

Pesan Bonda

Assalamualaikum... :)

Minda ligat berfikir
Apa kesudahannya
Bonda sudah berpesan
Hidup dan mati itu Allah yang tentukan
Jangan banyak berfikir
Jalankan tanggungjawab sebagai muslim sebelum kita dipanggil
Bonda pesan lagi segala penyakit itu ada penawarnya
Yang penting ikhtiar dan doa
InsyaAllah segalanya selamat

Pesan bonda itu buat air mata jantan ku mengalir
Bonda sesungguhnya aku tidak kuat untuk menerima ujian ini
Aku tidak mampu
Aku takut
Tapi apakan daya Allah sedang menguji kesabaran aku
Hanya doa yang mampu aku titipkan
Untuk meneruskan kehidupan

Persoalannya: Mampukah aku balas segala pengorbanan bonda dan ayahnda? Sempatkah aku?

Wassalam.. :)

Friday, July 19, 2013

Redha

Assalamualaikum.... :-)

Dulu lelaki ini mampu lagi mengukir senyum
Hari ini entah kenapa sukar untuk aku senyum
Air mata menjadi teman
Jika ini penghujung hidupku
Aku redha dengan Mu Ya Allah
Walaupun berat balasan ke atas dosa-dosaku
Aku terima jua Ya Allah
Cuma satu ku pinta
Kau berikanlah kekuatan untuk ku
Menempuh ujian Mu..

Tika ini

Assalamualaikum...

Tika ini azan subuh berkumandang
Menandakan pagi telah pun tiba
Tika ini duduk aku termenung
Memandang sekeliling;nampak kosong

Debaran makin kencang berdegup
Seakan-akan tidak bagi peluang untuk aku rehat
Gusar dan takut itu yang aku rasa
Namun terpaksa jua aku hadapi

Tika ini aku hanya mampu berdoa
Mata tidak mampu untuk dipejam
Kerna minda terus berfikir
Apa yang akan terjadi nanti
Apa yang akan diperkatakan oleh pakar perubatan
Sakit apakah aku?
Ujian apakah yg Tuhan berikan kepadaku?
Langsung aku tiada jawapan untuk itu

Hanya menanti cerah
Untuk aku kesana
Segalanya mungkin berubah nanti
Aku redha atas ujian Mu Ya Kareem.

Sunday, July 14, 2013

berakhirnya semester 5

Assalamualaikum...

Penat lelah semester ini berakhir pada petang tadi
Tamatnya Kertas MGT 417 maka tamatlah perjuangan kami
untuk semester ini

Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang semester ini
Semester yang penuh ragam
Limpahan dugaan dan cabaran
Menapak sambil mengukir senyum
Harung segala liku di hadapan

Kejayaan menjadi misi utama
Anugerah Dekan ingin pertahankan
Ijazah kelas pertama yang aku buru
Baru puas menjadi seorang siswazah

Tiada lagi peperiksaan akhir yang akan diambil
Semester hadapan hanya mengorak langkah
menghabiskan sisa-sisa sebelum bergelar graduan
Hanya satu semester sahaja lagi
Sebelum aku melangkah dengan segak
Mencapai segenggam ijazah

Alangkah gembiranya mama dan abah
Melihat aku dari bawah
Menggenggam segulung ijazah
Tanda kejayaan aku dalam pelajaran
untuk bekalan membantu mereka kelak

Tiada apa yang ingin aku lakukan
Selain melihat mereka menangis gembira dengan kejayaan aku
Satu persatu ingin diraih
Agar senyuman mereka tidak akan luntur
Perit dan pedih mama melahirkan
Ada gunanya juga suatu hari nanti
Penat abah berpanas mencari rezeki sekeluarga
Ada manfaatnya juga suatu hari nanti

Semester hadapan akan berhadapan dengan tugasan berat
Menyiapkan 'Penulisan Ilmiah' sebagai syarat untuk bergraduat
Bukan sesuatu yang mudah
Bukan boleh dipandang remeh
Bahasa disusun satu  persatu agar menepati tatabahasanya
Bahasa dicipta secantik-cantiknya agar lewah itu tidak terjadi

"Pengekalan dan Peralihan Bahasa Komuniti Chetti Melaka"
menjadi taruhan aku untuk menyudahkannya
Satu bidang yang sangat aku gemar, iaitu Sosiolinguistik
Kerana banyak ilmu yang aku belajar
Banyak informasi yang aku tahu

Tanggal bulan 11 melangkah pula aku ke negara orang
Negara gajah putih
Jauh daripada keluarga
Membawa harapan setinggi gunung
Diri ditatih untuk  menjadi seorang pensyarah
Mengajar bahasa kepada orang Siam 
Bukan satu perkara yang mudah
Ku sahut cabaran demi kejayaan nanti

Tidak sabar rasanya untuk bergelar graduan
Masa akan tiba
Kesabaran dan doa itu penting
Moga kejayaan mengiringi aku dan rakan-rakan

Wassalam... :)


Thursday, July 11, 2013

Waktu itu singkat

Assalamualaikum...


Mutiara jernih mula membasahi kota ini
Tatkala aku masih bergelumang dengan nota
Hujan ini membuatkan aku sedih dan pilu
Mengenangkan keluarga di teratak

Persoalan mama mula memburu benak fikirku
Satu demi satu
Jujurnya aku tidak boleh jawab
Maaf mama aku menipu mu
Kerna aku tak mampu untuk berkongsi
Mahupun untuk luahkan

Biarkan saja aku menanggung derita ini
telah aku bersedia
Walaupun perit
Tetap jua aku telan

Mama dan abah
Maafkan anakmu
Masa itu sangat singkat
Untuk aku membalas jasa kalian
menghargai pengorbanan kalian
membesarkan aku

Cukup satu yang aku ingin kalian tahu
Aku sayangkan kalian
Maafkan aku
Jika aku pergi terlebih awal daripada kalian


Wassalam.. :)

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum..

Lama sungguh tidak aku membiarkan jari jemari ini
menari di atas papan kekunci komputer riba ini
Lenteran kesibukan dengan peperiksaan akhir
Membuatkan aku berhibernisasi seorang diri
Jauh daripada semua orang
Impian dirapi agar terlerai jua

Kini bukan masa untuk ku menjerit 'merdeka' lagi
kerna ada dua lagi untuk aku tempuh
Lantas hujung minggu ini akan menyaksikan kegembiraan aku
apabila berkahirnya sudah peperiksaan
Menanti dengan penuh kesabaran
agar kejayaan dapat terus diraih

Petang redup ini aku mencuri sedikit masa
untuk bermonolog kembali
kerna mentari Sya'aban bakal hilang
Lantas Ramadhan akan datang menjengah
Terus keinsafan diri mulai dibentuk
Perubahan mula dirancang
Tawaduk mula dilatih
Agar aku hidup penuh dengan ibadah di bulan Ramadhan

Keluarga jauh di kampung
Aku di sini seorang diri
tiada bonda untuk mengejut ku bersahur
tiada ayahanda untuk mengajak ku ke bazar
tiada adinda untuk mengecapi puasa bersama
Hanya seorang diri mencari redha Illahi

Akan ku kuatkan juga diri ini
berteleku di atas sejadah di bumi Allah ini
biar seorang diri
berkorban demi kejayaan
Biarpun hati  ini merintih kepiluan
merindui keluarga di kampung
Namun ku pujuk jua hati ini
kuat kental dan tabah
Pasti masa itu akan tiba untuk aku bersama mereka

::Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak::


Tuesday, June 25, 2013

Hujan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah itu yang mampu dilahirkan
Setelah berbulan-bulan panas menyinggah di bumi shah Alam
Kini hujan mula membasahi
Setelah seminggu jerebu mula menguasai
Kini mutiara jernih mula membanjiri

Sejuk kini ku rasa
Panas hilang pergi
Bersama perasaan tidak selesa

Semangat mula datang
Buku mula dibuka
Diratah satu persatu

Tapi alasan tidak boleh dipakai lagi
Hujan sudah turun
Panas sudah hilang
Jerebu mula beransur
Tapi malas itu masih bermahajarajalela

Cukup alasan ditabur
Jika malas
Malas juga sudahnya

Wassalam. :)

Peperangan bakal tiba

Assalamualaikum...

Peperangan penting semester 5 bakal bermula
Kini tibanya untuk mengatur strategi
Langkah dibuka satu persatu
Demi ukiran senyuman kelak

Teratak buku mula dipenuhi manusia-manusia cemerlang
Siang dan malam menongkat mata
Nota diratah helaian demi helaian
Dengan harapan lancar di medan perang

Ayuh teman!
Sementara masa masih berbaki
Tunaikan harapan ibu dan ayah
Jangan terhantuk baru terngadah

Usaha berlimpah tangan juga diangkat
Berdoa pada Ilahi
Keberkatan dipohon
Kesenangan dipinta

Tatkala jerebu menutupi dunia
Jangan jadikan itu alasan
Tapi sebagai beban
Untuk kamu terus merongkak

Biar tersenyum jangan tergigit jari
Semoga berjaya

Sunday, June 23, 2013

Exam

Assalamualaikum...

Hai hai kawan.. :)

Peperiksaan akhir untuk semester ini semakin hampir. Persediaan belum cukup untuk menempuhinya. Gusar dan takut itu ada. Kerana nak mengekalkan kecemerlangan lalu itu sangat susah. Kali ini 6 kertas yang akan aku ambil, iaitu:

26 Jun: CTU (Hubungan Etnik)
1 Julai: ETR 300 (Fundamental of Entrepreneurship)
5 Julai: IBM 530 (Introduction to International Business)
8 Julai: BMP 538 (Keterampilan Perbincangan Bahasa Melayu)
11 Julai: RET 531 (Concept of Retailing)
14 Julai: MGT 417 (Information Technology in Business)

Target sem ini untuk kekalkan pointer sem lepas, iaitu 3.80.. Moga-moga termakbul. Amin..

Semoga berjaya untuk semua kawan-kawan. Jaga kesihatan. Jerebu semakin menebal di Shah Alam. Banyakkan minum air. Kurangkan keluar rumah. :)

Wassalam.

Thursday, June 20, 2013

Tolonglah faham

Assalamualaikum..

Di kala aku sedang tertekan
Kau tambah lagi tekanan aku
Kerenah kau aneh-aneh
Membuat aku rasa serabut

Tolonglah faham
Aku juga perlukan masa untuk kawan-kawan
Dulu kau kata kau akan memahami aku
Tapi kenapa tidak sekarang?

Jika aku pergi malam ini
Jangan iring aku dengan tangis mu
Kerna tekanan itu boleh buat aku mati

Wassalam... :)

Selamat Pagi

Assalamualaikum..

Sinar pagi mula menjengah
Menyedari aku daripada mimpi yang panjang
Perjuangan masih belum selesai
Terus mengayun langkah satu persatu
mencari matlamat untuk dituju
Kejayaan yang ku cari
Demi redha Ilahi

Hari ini hari terakhir
Kelas yang terakhir
Spenjang aku menjadi seorang pelajar
Seronok  itu pasti
Sedih juga bakal menjelma
Kerna kenangan di sini sangat indah

Tidak boleh diucap dengan mulut
Tidak boleh diungkai dengan perasaan
Tidak boleh ditulis dengan sebatang pena
Tidak boleh ditatap dengan redup wajah 
Kerna..
Kenangan itu aku yang rasa

Selamat maju kepada semua teman


Wassalam. 

Wednesday, June 19, 2013

Masa itu akan tiba

Assalamualaikum...

Apa yang aku takutkan dah tiba. Kesan nya dah mula membaja dalam diri aku. sedikit demi sedikit aku dapat rasa. Hari tu pinggang dah mula sakit. Selepas doktor bagi ubat, alhamdulillah sakitnya kurang. Dan sekarang mata pula buat hal. Silau dan kabur. Nak membaca dan menulis sangat susah. Kena buat semua ni secara perlahan-lahan agar tak salah.

Aku takut kesan-kesan seperti yang diberitahu oleh doktor itu akan menjengah jugak. Ya Allah, kau peliharalah aku. kau lambatkan lah  tempoh aku. Aku ingin gembira bersama mereka. Aku juga belum bersedia untuk ke alam yag lain kerna ilmu tidak cukup untuk aku bawa ke sana.

Aku mohon pada mu Ya Rabb...

Wassalam..

Monday, June 17, 2013

SMF Akademi Pengajian Bahasa

Assalamualaikum dan hai hai.. :)

Masa berjalan dengan pantas. Heret kami dengan tanda tanya. Kami datang tanpa kenali sesiapa. Demi sebuah tanggungjawab, kami korbankan segalanya. Keluarga, teman, masa, cinta, pelajaran dan segalanya. Setahun kami pegang tampuk kepimpinan ini. Rasa baru sekejap cuma. Namun, pelbagai corak pengalaman yang kami rasa. Manis, pahit, tawar. Pelbagai rasa kami telan. Sabar dan semangat itu yang kami pegang.

Sekejap lagi berpisah lah kami. Tapi, hati dan jiwa itu belum boleh dipisahkan kerna kami sayang antara satu sama lain. Ibarat sebuah keluarga. Ada abang, ada kakak dan ada adik-adik. Di gelanggang inilah kami mengenali erti hidup yang sebenar. Iya, benar aku sayang sama kalian. Kalian beri semangat kepada aku untuk terus berjuang dalam kepimpinan.

Adik- adikku, teruslah kamu bangkit. Majukan fakulti kita. Andai aku sudah pergi tinggalkan kalian, ingat aku masih di sini bersama kalian. Rasalah semangat aku dalam jiwa kalian. Sesiapa yang akan memegang tampuk kepimpinan semester hadapan, hulurkan tangan mu. Bantulah mereka. kerana anda contoh yang terbaik untuk mereka.

Di lembaran yang secalit ini, aku ingin memberi sedikit pesanan kepada adik beradik ku. Yang cantik dan yang kacak.

1. Timbalan Presiden (Adam)

Adam, terima kasih untuk segalanya sebab banyak bantu aku. Aku seronok bekerja dengan hang. Walupun sebelum ni aku tak pernah kenal hang, tapi aku cuba untuk sesuaikan diri aku untuk bekerja dengan hang. Ala-ala mat punk kau datang first meeting buat aku tertanya-tanya masukkah aku bekerja dgn kau. Tapi 'rokok' itu pengerat hubungan kita. hahaha. Dam, belajar rajin-rajin. Jangan stress-stress, kurangkan merokok. hehe.


2. Setiausaha (Hajar)

Hai Hajar... haha. s/u yang cool. Sorry ada marah marah Hajar. Tahniah  jadi calon MPP. ngeh3. Terima kasih juga sebab menceriakan SMF dengan kehadiran Hajar. Selamat berpraktikal dan cepat-cepat dapat jodoh. Kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak jadi VVIP. xnk jadi biro protokol. penat. haha

3. Bendahari (Epul)

Hai uollss!hahah. Epul thanks untuk segala-galanya. terima kasih jaga duit SMF. Suka bekerja dengan epul sebab anda sangat mementingkan kesempurnaan. Sama lah kita. perfectionist. Maaf juga kalau ada kutuk-kutuk Epul. Halalkan makan minum. Next sem, datang interview SMF k.. hehe. Rajin-rajin belajar. Teruskan kecemerlangan. :)

4) Exco Korporat dan Pengantarabangsaan (Achik & Bob)

Hai hai! Bobbbbbbbbb! Terima kasih banyak-banyak! Banyak tolong aku dalam SMF. Bob, moga terus sukses! Aku sayang kau! *Big hug* haha. Aku doakan kau dan Athirah bersatu. Amin... :) Semoga suatu hari nanti, aku dapat tengok kau jadi salah seorang ahli parlimen Malaysia. Gaya dah ada.. Cuma nak pesan, jaga sikit penggunaan bahasa Melayu dalam ucapan tu. hehhe. :)

Hai Achik Nainggg! Achik, senyum sokmo deh! terima kasih sbb tolong abang long. Belajarlah banyak-banyak dalam organisasi ni. Mana tahu suatu hari nantileh jadi leader. Maaf kalau ada perli-perli dalam meeting. Kalau sentap-sentap harap dimaafkan. *Sek kito jange pecoh* p/s Paan. Ehh



5) Exco Perhubungan luaran dan dalaman (Faliq & Una)

haiiii Faliq... Kalau aku diberikan kuasa untuk memberikan anugerah, aku dah anugerah kau sebagai SMF Terbaik. Serious. Kau sangat-sangat bagi komitmen dalam SMF. Kau banyak berkorban. Kau tak fikir penat lelah pon. Terima kasih Faliq. Kalau kau ada sentap-sentap dengan aku, sorry eh! Last but not least, jaga Atiq elok-elok. Beruntung dapat Atiq. Cun kot! Masa aku part 2 selalu aku ushar Atiq masa kelas German. hahahhaa. *pengakuan*.. No heart feeling k... Good luck bro! :)

Unaaaaaaaaaa! Belajar rajin-rajin. Thanks sbb sudi sharing2... Semoga Una terus berjaya. Sorry sebab banyak kacau Una. best bekerja dengan Una... Jaga ewa elok2. haha... 



6) Exco Sukan & kebudayaan (Aizam & Anim)

Hai bro! Semoga kental. haha. Aizam, thanks a lot sebab banyak tolong abang. Sebab sudi dengar segala masalah abang. Boh, belajar rajin-rajin. Jangan stress. Kurangkan minum coke tu. Semoga berjaya untuk sem depan. Semoga menang dan terus memimpin APB! Abang kat belakang sentiasa menyokong. Ada apa-apa masalah boleh sms atau chat FB. Harap - harap dapat jumpa bunga yang betul bagi mengisi kesunyian hati. hehe. Dan last but not least, soooorrrrrrrrry sebab buat Aizam jadi serabut awal sem  dulu. It is my fault. So sorry! Good luck dik! :)

Haii Adikkkk.... haaaaa jaga rahsia kita ya. Jangan sampai orang tahu. Thanks dik sebab dulu sudi teman abg lepak. Dengar masalah dan segalanya. Adik, jangan jiwa kacau lagi k. Senyum dan terus menggembara. Grab all the chance that you have! :) Abang sayang adikkkk.. *big hug*... Tertunggu-tunggu bila nak main gitar depan abang. hehe... Belajar rajin-rajin. Kekalkan kecemerlangan.. Dah habis belajar nanti  jangan lupakan abang.. :)



7) Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan (Syahirah)

Hai Rara.... Sebenarnya dalam SMF, Rara lah yang paling tough. Rara sorang sorang je. Orang lain semua ada partner. Tapi Rara dah buat kerja yang baik. Thanks Rara... :) Maafkan abg kalau abg ada buat rara sakit hati dengan abang. Nak tahu tak, muka Rara buat abang macam kesian nk marah Rara. Dan Rara buat hati abang tenang dan sejuk. haha. Aizam, jgn jealous. haha. Jaga Aizam elok2! Dia tu nakal dan banyak masalah. Selongkarlah jiwa dia. Baru adik kenal dia. haha.. Semoga korang dijodohkan. Aminnn.. :)


8) Exco Kebajikan (Ijat dan Sarah)

Hai bradah! Thanks for everthing dan maaf juga kalau kata-kata Arell buat Ijat sakit hati. Bro, jangan tido dalam kereta dengan air cond nya dibuka. Boleh mati nanti. hahha. Dah kahwin dengan Mira nanti, jangan lupa jemput guaaaa.. haha. Nak merasa jugak kenduri orang Melaka ni. haha. Jangan gaduh-gaduh lagi ya.. :)

Haii Sarahhhh, hahha.. Sara, maap banyok ko arell dah kalu ada wat sara sakit hati ko gapo. kita ni rapat sangat. sekelas, satu group assignment. so kita dah kenal hati budi masing-masing.. hehe.. :) Thanks sara yg cute! :)



9) Exco Akademik & penyelidikan (Mira & Mimi)

Hai Miraaa... Thank you a lot for everything! :) Teruskan kepimpinan anda. Anda ada bakat.. :) Sorry kalau ada buat Mira sakit hati dengan Arell. Arell ni jenis yang cakap lepas. haha.. Sorry! Good luck in ur study... Maintain ANC k.. :)

Hai Adikkkkkkk... Kita ni kenal masa adik part 1 lagi. Dah biasa gaduh. Dah biasa nangis. Sorry untuk semua tu. Lepas tu kita dijodohkan dalam SMF pulak. haha. Kitani  susah nk bekerjasama. masing-masing nak menang. hahaha. Tahu kan? Tahu kan? Apa-apa pon thanks segalanya dalam SMF ni. kirim salam Nizam. :)




10) Exco Keusahawanan & kerjaya (Diba & Maz)

Hoii budak kecik! hahha. Diba, sorry ada kacau-kacau kau k... Mulut dan perangai tu jaga2.. Kang besar lagi bibir tu. haha.. Thanks Diba untuk segalanya walaupun kau susah nk dgr luahan hati aku. hahaha. Moga terus tough! Belajar rajin-rajin kecik!

Haii The Gorgeous Maz! Sorry banyak-banyak kalau Arell ada buat salah dengan Maz. Thanks jugak join us in SMF. Belajar rajin-rajin yaaaa. Make up tu jangan tebal2.. Nanti ramai jejaka di luar sana tergoda,. hehe.. Good Luck in yourlife dik..:)



11) Exco Pengurusan Sumber (Acik & Atiq)

Acikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! haaaaaaa. hahaha. Acik thanks untuk everything. jaga rahsia kita yaaa. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Acik, jgn memondan sangat ya. hahahha. Semoga Acik dapat capat cita2 nak jadi pengacara tu. Dah masuk tv, jgn lupakan kami adik beradik ni. Thanks jugak belanja McD hari tu.. Good Luck Cik.. :)

Hai Atiq... sihat? Jangan blu blur lagi yaa.. Sijil SAF dah siap? hahahha... Thanks Atiq untuk eveything.. :) Ich liebe dich.. (hahah kidding) marah faliq nanti.. Good luck in your life Atiq!! :) Sorry jugak kalau marah-marah sebelum ni.. :)



12) Exco Seranta dan publisiti (Mike & Fizi)

Hai Mike! Thanks for everyhing. So soooorrry kalau ada simpan ketidakpuashatian terhadap aku. Jangan stone lagi k.hahahha. Good Luck Mike!

Hoiii gemok!!! haha. Kau mesti tak baca kau? sbb kau kan jarang bukak FB. hahaha. Sorry bro for everything and thanks sebab sudi menumpang bahu bila aku stress! Thanks cabi! :)



Last but not least, thanks untuk MPP APB. Thank you bagi saya peluang untuk jadi presiden SMF. Banyak yg saya belajar dalam SMF. kawan, pengorbanan, kehidupan, kegembiraan, kesedihan dan banyak lagi. Good luck to both of you. Thanks Syaza and Farris. :)




Terima kasih untuk adik beradik. :) Sorry for everthing. Halalkan makan minum. Sorry kalau saya tak jadi presdien yang baik untuk anda semua. Belajar rajin-rajin dan good luck in you  life.. :) Jemput datang majlis kahwin aku nanti. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. :P

Wassalam.. :)

Sunday, June 16, 2013

Malam Pra Graduan dan Anugerah Dekan Akademi Pengajian Bahasa Jun 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah malam tadi selesai lagi satu majlis anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti, iaitu Malam Pra Graduan dan Anugerah Dekan. Majlis ini telah diadakan di Hotel De Palma Seksyen 19, Shah Alam. Dalam majlis tersebut, aku bertindak sebagai biro protokol. Sejujurnya tanggungjawab itu sangat susah bagi aku. Tapi bagi aku, walaupun susah, aku kena pikul juga sebab ia akan menghasilkan sebuah pengalaman manis untuk aku.

Macam-macam kerenah para penerima anugerah. Nak marah pun tak guna. Jadi, buat bodoh dan layan je kerenah mereka. Malam tadi majlis tak terkawal. Masing-masing nak tangkap gambar. Maklumlah masing-masing sedang  gembira dengan anugerah yang diperoleh.

Aku pun tidak terkecuali. Aku sangat gembira dengan majlis malam tadi. Dapat tiga anugerah sekaligus. Sampai hari ni aku masih tidak percaya dengan penganugerahan yang diberikan untuk aku. Aku bukan sesiapa. Pelajar biasa. Ramai lagi yang lebih layak. Bak kata mama, bersyukurlah dengan rezeki yang Tuhan bagi. Jangan riak dan takbur. Ambil itu sebagai semangat untuk terus berjaya. Terima kasih mama..

Berikut merupakan anugerah-anugerah yang aku dapat semalam:

1. Anugerah Dekan

Aku dapat anugerah ini disebabkan keputusan aku yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester lepas, iaitu mendapat 3.80. Alhamdulillah.

2. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Kepimpinan


Penerima Anugerah ini dipilih oleh Dr Norizah Ardi. Katanya atas kecemerlangan aku dalam kepimpinan. Mungkin atas faktor aku terlalu aktif dengan menganjurkan program-program fakulti.

3. Anugerah Khas Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu


Dan anugerah ini lah yang paling aku tidak sangka. kebiasaannya Ketua Pusat Pengajian APB akan berikan kepada pelajar semester akhir. Tapi aku semester 5 pun dah dapat. Sangat bersyukur. Aku pun hairan, kenapa aku dipilih untuk menerima anugerah ini

Dan inilah keseluruhan anugerah yang aku perolehi semalam:



Majlis malam tadi juga seronok apabila yang tersayang turut hadir. Dapatlah ambil sedikit gambar sebagai kenangan.




Akhirnya, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis malam tadi. InsyaAllah semester hadapan aku akan hadir sebagai penerima Anugerah Pra-Graduan pula.. Moga ketemu lagi,

Wassalam..:)

Friday, June 14, 2013

Harap kamu mengerti

Assalamualaikum..

Sudah ku bilang
aku perlukan masa untuk bersendirian
tenangkan diri saat sedang gelisah
jauh daripada orang lain
kerna gusar panas baranku memuncak

Sudah ku bilang
Aku dalam tertekan
Bebanan yang dipikul tanpa hati
Aku cuba untuk senyum namun tewas
Harung saja getir yang ada

Sudah ku bilang
Akan ku cari kamu
setelah bebanan ini hilang
bukan aku ingin pinggirkan kamu
Cuma...
Aku tidak mahu kamu juga terbeban sama

Sudah ku bilang
Aku rindu dan sayang kamu
Tak usah ulang lagi soalan itu
Kerna itu buat aku tertekan

Tapi..
Degil mu itu memuncak
Kegersangan kamu itu membuak
Aku masih sakit
dan dalam pantang lagi
Kamu tamak
Kamu gelojoh
Nah.. marah yang kamu dapat

Maaf bukan ku sengaja
Itu adalah emosi ku
Bukan hati ku
Kerna saat ini aku sedang tertekan

Harap kamu mengerti
Ceria ku bukan seperti dulu
Kita kenal baru sekejap cuma
Kamu masih tidak mengenali aku
Dan aku juga belum mengenali kamu
Mohon kamu untuk bersabar
Jika sayang akan hubungan ini

Wassalam.. :)

Thursday, June 13, 2013

Kepuasan

Assalamualaikum...

Mata ini masih terbuka luas
Mengadap sisa-sisa kerja
di saat-saat akhir
Kuatkan diri untuk harung semua ini

Satu persatu disentuh dan dibelai
Terlayu dalam pelukan keghairahan
Lemah longlai diperkosa
Demi kejayaan seorang pelajar

Puas apabila semuanya selesai
menari di tengah himpunan manusia
Kegembiraan terucap tiada siapa yang tahu
Yang pasti kepuasan itu milik aku

Senyuman puas itu sudah mula terukir
Lega apabila semuanya berakhir
Penamat dengan pecutan yang laju
Berjaya rempuh dengan hebat

Ini semua untuk kalian
Keluarga yang banyak mendorong
Untuk meraih sebanyak mana ilmu
Demi keselesaan hidup yang mendatang

Wassalam.. :)

Wednesday, June 12, 2013

Kehidupan Pelajar Universiti

Assalamualaikum...

Kehidupan seorang pelajar universiti itu bukan mudah seperti yang dijangkakan. Banyak cabaran dan dugaan  yang berlaku. Mental dan fizikal itu perlu kuat, jika tidak terbabas lah jawabnya. Alhamdulillah setakat hari ni aku masih mampu untuk belayar walaupun semput kerna dilambung ombak. Pernah rasa lemas sekali. Namun dengan kudrat yang ada, aku bangkit belayar kembali. Terus ke penghujung garisan.

Kelas dari pagi ke petang itu sudah pasti. Penat tidak terluah. Mengeluh tidak guna kerna tiada siapa yang simpati. Berbekalkan amanah keluarga, dicekalkan jua kudrat ini untuk terus berjuang. Aku tidak lemah. Aku juga bukan pengecut. Akan aku terus berjuang walau ribut taufan melanda. Kerna perjuangan ini untuk keluarga tersayang. 

Tapi ada juga yang tidak mengerti. Kenapa terlalu sibuk, sampaikan tiada masa untuk menjenguk keluarga? Sampaikan tiada masa untuk bertanya khabar sang tercinta? Bukan aku mengelak, tetapi masa yang tidak mengizinkan. Aku di sini medan ini bukan hanya untuk sekadar cukup makan saja. Aku ada impian aku sendiri. Aku ada wawasan aku sendiri. Di medan ini tempat aku untuk meraih seberapa banyak pengalaman yang ada. Untuk dibuat bekal perjuangan kehidupan yang seterusnya.

Kusut masai itu tidak aku pedulikan lagi. Ke kelas dengan mata rabak dan badan lemah tidak aku pedulikan lagi. Bagi aku kejayaan perjuangan itu segalanya untuk aku. Akan aku terus berentap. Ilmu diraih untuk dibawa berjuang. Sebuah perjuangan untuk menghasilkan kehidupan yang senang kelak. Untuk keturunan aku. 

Di medan ini, aku bukan pelajar biasa. Yang hanya menatap buku. Ada masa untuk lepak. Ada masa untuk karoake. Ada masa untuk menonton wayang. Di sini aku seorang ketua. Ketua dalam berpersatuan. Ramai yang persoalkan kenapa memilih untuk berpersatuan jika itu membebankan kamu? Memang aku akui semua ini membebankan aku. Tapi sekali pun aku tidak pernah menyesal pilih jalan ini. Kerna bagi aku ini sebahagian daripada perjuangan yang akan datang. Ini lah pengalaman untuk aku bawa ke alam perkerjaan.

Sesungguhnya untuk menjadi pelajar universiti itu bukannya perlu hebat dari segi akademik sahaja. Malah perlu juga berpersatuan. Untuk meraih seberapa banyak pengalaman kepimpinan. Di dalam persatuan, banyak ilmu yang kita boleh belajar yang tak dapat di dalam kuliah. Akademik; buku itu ada. Boleh baca. Tapi pengalaman berpersatuan bukan sesuatu yang mudah untuk kita dapat kecuali kita hadir dalam situasi tersebut.

Tidak akan sekali aku menyesal jalan ini. Walaupun aku jatuh suatu hari nanti, ada sesuatu yang akan bantu aku yakni pengalaman. Ayuh, akan aku terus berjuang kerna garisan penamat makin hampir. Waktu semakin suntuk. Wisel akan dibunyikan pada bila-bila masa sahaja. Terus aku melangkah untuk mencapai kejayaan itu. Untuk adik beradik SMF, keluarga, teman-teman APB dan pensyarah yang sentiasa memahami diri ini.

-Walaupun penat tapi kepuasan itu menandingi segalanya-

Wassalam :)

Tuesday, June 11, 2013

Senyumlah hati

Assalamualaikum...



Senyumlah hati
Walau derita mencengkam jiwa
Namun hati perlu tabah
Kuatkan semangat
Rempuh segala ujian

Mudah untuk berkata
Payah untuk menanggung
Tersiksa keseorangan
Tersayang dibiarkan sepi
Biarkan dia gembira

Tidak mahu berkongsi rasa
Takut-takut dia terbeban sama
Biar aku terus menyepi
Sehingga masanya untuk aku dikafankan

Aku takut tibanya saat itu
Kerna ku tak mampu harungi 
Biarlah hati
Cekal segalanya
Tempuh dengan senyuman

Saat itu akan tiba jua
Cuma lambat atau cepat
Persediaan perlu dirapikan
Agar di sana lulus jayanya

Jantung hati
Maafkan aku
Aku tak bisa untuk berkongsi
Gembira lah dikau di sini
Iringlah aku dengan doa
Moga di sana amannya aku

Wassalam :)

Garisan penamat

Assalamualaikum..

Kental ku genggam
Kuat ku junjung
Gagah ku pikul
Semangat itu aku bawa
Bawa bersama perjuangan yang satu ini

5 Semester aku di bumi ini
Pelbagai onak telah ku tempuh
Gembira dan Sedih telah aku lalui
Kerna ia satu lumrah kehidupan

Semester ini akan berakhir
Bersama-sama membawa diri ku jauh
Pergi sementara untuk meneruskan kehidupan
Akan pulang bila ilmu penuh di dada

Jauh dari pelosok keluarga
Tanpa bayangan teman-teman
Sungguh aku akan rindu semua
Tatkala mereka ang bergelar kawan, adik, abang dan kakak

Pasti aku rindu kenangan lima semester di bumi ini
Walupun pelbagai duri telah ku pijak
Api telah aku selami
Namun itu tidak membuatkan aku rapuh
Malah terus terpacak
Dengan  hunusan senjata
Bagaikan Laksamana Hang Tuah

Ayuh, teruskan langkah
hingga ke garisan penamat.

Wassalam.. :)

Erti seorang manusia

Kerdipan mata ini
penuh dengan tanda tanya
Apakah yang akan berlaku nanti
Jika aku masih begini

Puas aku memerah akal
Untuk raih segala idea
Namun tidak ketemui
Yang hadir hanyalah teka teki

Malam itu jadi saksi
dengan sinaran bintang dan bulan
tersenyum ke arah
bagaikan aku si malang

Redha dengan segala kemungkinan
Yang menerjah kehidupan aku
Ikhlas itu mesti
Bersyukur itu satu kewajipan

Tak perlu untuk aku mengeluh
merungungut
mahupun mengungkit
Kerna itu sebuah kehidupan

Realiti kehidupan sekarang
Pelbagai kancah yang aku rempuh
Demi mencari sebuah erti
Erti menjadi manusia

Wassalam :)

Monday, June 10, 2013

Retailing

Assalamualaikum...


Retailing merupakan satu subjek business yang perlu pelajar PART 5 Akademi Pengajian Bahasa belajar. Secara keseluruhannya subjek ini akan mengajar kita bagaimana untuk menjadi peruncit. Dari segi susun atur kedai, modal perniagaan, persaingan, cara promosi dan sebagainya.

Baru-baru ni pensyarah kami telah memberikan tugasan berkumpulan untuk mereka satu model kedai  yang bertemakan cafe. Aku mula terkelu sebab aku sangat tidak suka seni. Dan tangan aku bukan tangan budak seni. Nak-nak kena guna barangan terbuang macam kertas, kayu,  tin, botol dan sebagainya.

Mula-mula design agak pening kepala juga. Mana nak letak meja, nak buat tema cafe tu macam mana. Agak pening. Akhirnya kami telah membuat keputusan untuk membuat sebuah kafe ala-ala taman. Idea banyak tapi tak tahu macam mana nak design. Iya lah kami bukan budak seni reka.

Dua hari sahaja kami luangkan masa untuk siapkan tugasan ini. Memandangkan banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat. Walaaupun nampak biasa, tapi kami  bangga dengan kebolehan dan kesungguhan diri kami.

Ini lah hasilnya.. Dolicious Cafe


Wassalam... :)

Sunday, June 9, 2013

Isnin 10 Jun

Esok akan tiba
Hari yang sangat mencabar bagi aku
Banyak perkara yang perlu dilakukan

Ini lah kehidupan seorang pelajar
Ujian,
Tugasan,
Peperiksaan,
sudah sebati dengan kehidupan

Namun esok terlalu perit untuk aku lalui
Pagi ke petang penuh dengan pembentangan
Takut untuk aku tempuh
Peluh jantan mula mengalir
satu demi satu
Namun kaki tetap perlu dilangkahkan

Malam ini aku penat
Tertekan dengan sekeliling
Aku perlukan seorang kawan
Yang mampu untuk aku berkongsi kepenatan aku
Untuk aku bercerita
Aku perlukan dia

Aku rindukan kamu
Sangat-sangat

Wassalam.. :)

Saturday, June 8, 2013

Bebanan

Aku punyai pandangan
Aku punyai cerita
Aku punyai cadangan
Aku punyai idea
untuk dikongsi

Aku di sini utuh berdiri
Dua belah kaki ini
masih berpaksi di atas bumi Tuhan
melangkah dan terus melangkah

Jika engkau tidak punyai sesiapa 
untuk berkongsi
Aku ada
Tadah lah telinga mu
Untuk aku cerita satu persatu

Tapi satu..
Aku sukar untuk  berkongsi masalah diriku
Payah untuk aku bongkarkan kesulitan hidupku
Kerna ku takut
Takut dianggap menagih simpati
peluh jantan lemah mengalir

Jadi aku terus simpan
kunci dengan ketatnya
Akan aku harung dan pikul seorang diri
Tiada siapa yang mampu selongkar
Dan tiada anasir-anasir yang akan bolos

Moga aku mampu lagi tersenyum
Dengan bebanan yang digalas

Wassalam... :)

Friday, June 7, 2013

Diam sejenak

Dalam perhubungan ini ada pasang surutnya
Ada senyum dan tangisnya

Yang penting itu sabar
Yang penting itu tenang
Yang penting itu matang

Jangan mudah membuat tohmahan
Jangan mudah membuat persepsi
Jangan mudah membuat kesimpulan

Dia diam mungkin dia ada masalah
Masalah yang tidak boleh dikongsi
Masalah yang tidak terluah
Jauh dari jangkauan pemikiran

Tenanglah kamu di sana
Jangan mudah berprasangka
Akan tiba jua masa itu

Aku hilang seharian
Di atas sejadah ini aku meratap
Tiada siapa yang tahu
Kerna aku tak bisa untuk berkongsi

Hari ini aku bangkit
Untuk melawan segalanya
Bertindak berdasarkan kewarasan
Bukan lagi hati yang memesongkan

Wassalam. :)

Thursday, June 6, 2013

Masa itu emas

Assalamualaikum dan hai hai. :)

Masa semakin berjalan
Tinggal aku jauh kebelakang
Aku semput berlari
Juga tidak sempat untuk mengejar

Sekali aku bernafas
Dia pecut bagaikan halilintar
Sekali aku leka
Dia pergi bagaikan kilat

Bukan untuk aku sengaja melengahkan
Tapi mencari waktu yang sesuai untuk selesai segalanya
Namun tidak pula ku jumpa waktu itu

Terus tersenyum
Gelak ketawa
Seolah-olah aku hebat
Tiada masalah yang dipikul

Hakikatnya... aku makin longlai
Lemah tersadai dengan rutin seharian

Usah bermimpi untuk menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan

Wednesday, June 5, 2013

Muhammad Nadzril Mufid

Assalamualaikum dan hai hai... :)

Malam ni nak cerita pasal seseorang mamat ni. Budak ni junior aku di APB. Budak Part 2. Bagi aku budak ni sangat pelik. Tapi dalam peliknya ada keistimewaannya yang tersendiri. 

Pandangan pertama aku terhadap dia ialah  dia sangat kerek. Tapi bila kenal rupanya dia ni peramah dan cool. Seingat aku hanya berapa kali je aku jumpa dia ni di fakulti. Maksudnya jarang bersembang secara bersemuka. Hanya facebook yang menjadi ikatan untuk kami bersembang. Tapi kami bukan gay. Haha.

Apa yang kelakarnya ialah namanya sama dengan nama aku. Dia 'Aril' dan aku 'Arell'. Walaupun  bunyinya sama tapi ejaan lain. Dan rupa juga berbeza. Aku lagi kacak. Haha. Dan kepada wanita di luar sana, awas! Dia sudah berpunya. Awek dia cun kot! 

Tak tahu nak cerita apa lagi sebab kami baru je rapat. Tak kenal secara mendalam lagi. Secara keseluruhannya, dia junior yang baik. Hebat berfutsal. Aku tak reti main futsal. Cuma aku power badminton. Bila ntah kami boleh fight badminton. haha

Jadi sekarang aku rasa boleh letak nama si Aril dalam senarai junior kesayangan aku. haha. Dan malam tadi telah berjaya pujuk dia join OPKIM. yeahh! Selepas gagal untuk persuade dia join Kem Team Building.

Selamat maju jaya kepada Aril. Tak boleh panggil adik sebab umur kami sama. haha. Moga impian nak dapat Dean List sem ni tercapai. Teruskan berusaha. :)


Aril yang di tengah. Tak berapa nak kacak. haha. 


Wassalam... :)

Temuduga

Assalamualaikum dan hai hai.. :)

Esok aku ada temuduga untuk subjek Bel. Lidah rasa kelu membisu bila nak cakap bahasa orang putih ni. Maklumlah mulut makan budu dan belacan tu susah sikit. Lagi  satu aku sejak ambik ijazah bahasa melayu ni, penggunaan bahasa Inggeris aku makin kurang. Mungkin sebab itu lah sangat-sangat teruk bahasa Inggeris aku sekarang.

Temuduga esok ada 40%. Banyak tu. Apa yang aku nak gebang dengan Madam pun aku tak tahu. Risau tu memang ada lah. Nak belajar apa pun tak tahu sebab tak tahu soalan apa yang bakal ditanya esok. Jadi hanya bersedia dari segi luaran sahaja, yakni resume, surat permohonan dan sijil-sijil. 

Mohon esok berjalan dengan lancar. Aku hanya berserah kepada Mu Ya Allah. Sebelah petang pula ada kuiz International Business. Yang ni ok sebab subjek kegemaran aku. hehe. 

Harap esok berjaya. Amenn. :)

Wassalam... :)

Teguran

Aku bercakap atas dasar apa yang aku nampak
apa yang aku rasa

Aku sebagai ketua
Aku berhak untuk menegur
Teguran diberikan bukan untuk menjatuhkan orang
Tapi untuk penambahbaikan bersama

Seharusnya terima lah teguran dengan berlapang dada
Jangan simpan di dalam hati
Nanti bengkak

Kalau masih tersimpan
Luahkan
Kita boleh berbincang

Aku tahu aku banyak jugak yang perlu dipelajari
Sebab aku manusia biasa
Tak lari dari kesilapan

Tapi jika aku nampak kesalahan yang dilakukan
Tak kan aku hanya ingin mendiamkan diri

Masing-masing sudah besar
Boleh berfikir secara normal
Ambil lah teguran aku itu jika rasa perlu
Kalau tak rasa perlu
teruskan dengan tingkah anda

Sesungguhnya  teguran itu untuk kebaikan bersama

Wassalam.... :)

Tuesday, June 4, 2013

Adab dan Protokol

Assalamualaikum dan hai hai. :)

Kadang aku terfikir. Apa yang ada dalam pemikiran mereka? Kita sama orang Melayu. Tapi kenapa adab dan protokol Melayu itu tidak sama? Aku kuat berpegang dengan protokol sebagai orang Melayu. Tapi kamu?

Mungkin sebab kamu belajar bahasa Inggeris. Jadi pemikiran kamu berbeza dengan aku. Sepatutnya kita sebagai orang Melayu, kita tidak boleh melanggar adab-adab tersebut.

Sebagai contohnya dalam majlis yang dihadiri oleh pensyarah. Kita tidak boleh bahasakan pensyarah dengan panggilan 'Diaorang'. Tidak beradab tu namanya. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kita kena tahu semua ni. Kan seeloknya panggil dengan 'beliau'.

Lagi satu bila kita berada dengan VIP. Jangan terlalu berseronok di hadapan. Jaga tingkah laku. Ingat VIP ada di sebelah. Akan nampak kita tidak berprofesional. Kena kawal 'excited' kita.

Apabila kita ada majlis dengan pelajar-pelajar sekolah yang dihadiri oleh guru-guru. Jangan kita buat lawak bodoh yang menjatuhkan air muka kita sendiri. Ingat ada guru yang menyaksikan gelagat kita. Jaga  tingkah laku itu sebetulnya.

Apa-apa pun, profesional itu penting. Nak-nak kita sebagai seorang pemimpin. Bezakan peribadi dan kerja. Tanggungjawab dan keseronokan.


Wassalam...:)

Resmi padi

Assalamualaikum dan hai hai. :)


Tika dan saat itu kita ampuh berdiri. Tegak bagaikan laksamana Melayu dengan keris terhunus. Lagak persis pahlawan Melayu yang gempur di medan perang.

Tika dan saat itu kita lemah longlai. Terduduk dia menyepi bagaikan si ayam kehilangan anak. Lesu dan tidak bermaya. Kecewa tiada galang ganti. 

Ingatlah hidup ini ibarat puting beliung. Dia sepi mendiam diri. Sekali dia menjelma, punah rabak dunia. Manusia boleh berkecai. Semarak mana pun, ia tetap berpusing. 

Namun kita sebagai manusia, mesti berhati-hati dalam hidup. jangan riak. Jangan sombong. Apatah lagi angkuh. Jadilah macam padi. Makin rendah makin berisi. 

Biar kita merendah diri. Hormat orang sekeliling. Apakah salahnya untuk mengukir senyum? Bukannya wang ringgit yang diminta cuma tingkah laku itu yang dipinta. Tingkah yang baik bukannya mendabik dada.

Sekali Tuhan turunkan bala, tiada siapa yang dapat membantu. Ingat, apabila kita jatuh tiada siapa yang akan membantu jika masa kita di atas, kita angkuh bagaikan si angsa.

Wassalam... :)

Monday, June 3, 2013

Persoalan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.


Sedang aku asyik termenung menyaksikan awan berarak, aku mula terfikir sampai bila ingin begini? Terus dengan masalah. Tanpa henti. Jiwa mula merengek kepanatan. Bibir penat tersenyum. Berlakon gembira di hadapan semua orang. Hakikatnya aku yang tahu betapa pedihnya jiwa ini. meronta-ronta inginkan kebebasan.

Namun tidak aku menyalahkan takdir. Aku terima segalanya yang diberikan dan diuji olehNya untuk aku. Aku tahu ini permulaan langkah hidupkan. Hidup dalam kesibukan. Tiada siapa yang tahu betapa penat dan lelah aku. Tidak pula aku katakan kepada sekeliling.

Saat ini pelbagai persoalan mula timbul. Berlumba-lumba menyapa benak fikiranku. Tidak satu pun sempat aku pegang. Dia datang dan dia lari. Dalam sekelip mata. Kali ini, aku hanya mampu bersabar dan terus ketawa hingga ke garisan penamat. Sekejap sahaja lagi.


Biar apa orang kata
Terus merangkak demi kejayaan
Biar apa orang herdik
Terus berjalan demi kehidupan
Biar apa orang caci
Terus berlari demi kepuasan diri


Wassalam.. :)

Kecewa

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Tiada apa yang penting untuk aku kongsi pada malam ini. Cukuplah hanya sekadar untuk meluahkan perasaan yang sangat kecewa dan sedih. Kawan dan sahabat itu berbeza? Bagi pendefinisian aku sendiri kawan itu boleh jadi sesiapa. Kawan baru kenal. Kawan untuk berjalan-jalan. Kawan untuk belajar kumpulan dan sebagainya. Manakala sahabat ialah seseorang yang boleh menerima kebaikan dan keburukan kawannya. Yang selalu ada ketika susah dan senang. 

Sungguh aku sangat kecewa apabila bercakap mengenai kawan atau sahabat. Aku fikir apabila kita sekelas dan serumah kita boleh anggap dia sebagai sahabat. Namun sangkaan aku silap. Mereka hanya tempat untuk aku berseronok dan aku tempat untuk mereka berseronok. Bagi aku dalam persabatan ni kena ada 'give and take'. Bukan dalam perhubungan cinta sahaja. 

Betul lah orang cakap, sahabat itu tak ramai. seorang atau dua orang sahaja. Sebab orang yang betul-betul boleh menerima diri kita itu tidak ramai. Sejujurnya aku cakap aku suka berkawan. Tapi bila perkara ini berlaku, aku rasa kecewa. Aku tak tahu nak anggap kau apa lepas ni. Mungkin hanya sebagai kawan serumah. 

Tapi ingatlah, jangan fikir kau terlalu hebat. Apabila kau tidak suka aku kau cerita kepada A, B dan C. Apabila kau tidak suka A. Kau cerita kepada aku, B dan C. Ingat, apabila kau buat macam ni, orang tak kan percaya kepada kau lagi. Kalau kau tak suka atau tidak puas hati dengan seseorang, tak payah lah bising-bising. Kau uruskan berdua je tanpa pengetahuan orang lain. Hal ini untuk menjaga air muka kawan kau. 

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira. 
Tetapi, wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.


Wassalam...