BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 1, 2013

Ini kisah hidup aku 2

Assalamualaikum.

Hai bersua kembali! :) Okay, sekarang nak sambung cerita mengenai sekolah menengah pula. Selepas menamatkan pengajian di sekolah rendah, aku sekeluarga berhijrah ke Dengkil Selangor (sehingga sekarang).

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, tiada apa-apa yang istimewa mengenai aku. Biasalah, tempat baru. Negeri baru. Mula-mula agak kekok juga untuk meninggalkan dialek Kelantan. Tapi lama-lama dah biasa.

Di sini aku mengenali apa itu cinta? Dan apa itu kawan? HAHA. Biasalah bila alam remaja dah muncul. Akil baligh sudah berlalu. Bila masuk sekolah ini, semua orang pandang aku lain. Maklumlah tidak kenal. haha.

Baiklah terus aku lonjak ke Tingkatan 3. Sebab banyak kenangan masa Tingkatan 3 ni. Korang nak tahu? Ada budak perempuan nak jadikan aku abang angkat! Haha. Dulu main hantar-hantar surat lagi. Nak beli handphone tak mampu! huhu. Tapi aku ni jenis yang susah nak melayan orang. Sebab aku jenis yang serius. Manalah ada masa nak keluar semua ni. Habis sekolah balik rumah. Pagi esok pergi sekolah lagi. haha.

Dalam keseriusan aku, aku mula tertarik dengan seorang gadis. Rakan sekelas aku juga. Nama dia Syiqin. Comel. Ada lesung pipit, mata sepet dan pandai. :) Mula-mula segan nak tegur. Tapi dah hati ni tak tahan. Macam nk kentut. Tahan rasa perit. Lepas rasa segan. haha..

Demi cinta aku kat dia, aku minta nombor telefon dengan kawan baik aku, Haikal. Nasib Haikal bagi. Kemudian gigih lah aku sms dia tiap-tiap malam. Pakai telefon abah aku pulak tu. haha. Habis kredit , kena marah. Nak dipendekkan cerita, aku pun luah kat dia, aku suka kat dia. Dia cakap terlalu cepat. Tunggu lepas habis PMR. Aku pun dengan semangatnya tunggu lah.

Tunggu punya tunggu aku tahu melalui Haikal, dia dah ada pakwe. Gila. Masa tu aku kecewa gilagilagilagilababi! haha. Tapi aku buat cool je. Tak nak nampak dia kecewa. Pak we dia tu pun kawan sekelas aku. Macam cinta tiga segi pulak. haha.

Tapi bagi aku THE BEST MAN WIN! Aku tetap tunggu dia sampai PMR. Nak confess lagi sekali. Sebab itu janji dia. Kemudian, PMR pun tamat sudah. Lepas je dapat keputusan aku sms dia nak tuntut janji!Aku nak couple dengan dia. Nak jugak merasa ada awek! Oh, ya result PMR aku 7A 1B. Dan dia 8A. haha.

Lepas je confess, punya kecewa lagi sekali!! Dia cakap dia anggap aku kawan dia! Tidak lebih daripada itu sebab dia dah ada yang punya. Sedih gila masa tu! Tak keluar bilik 3 hari. Nasib makanan aku dah buat masuk dalam bilik awal-awal. Kalau tak kebulur jugak aku. haha.

Lepas 3 hari aku berkurung, aku bangkit. Azam baru! Aku nak pindah sekolah! Aku mohon dua buah sekolah.  Sekolah teknik dan sekolah berasrama penuh (SBP). Ini semua gara-gara aku nak lupakan dia. Dan sampai sekarang aku tidak hubungi dia. Cuma aku tahu, dia masih couple dengan pakwe dia dulu. Untunglah lama mereka couple. Aku doakan mereka bahagia.

Kini aku sedar, ketika sekolah menengah dulu banyak kenangan persahabatan dan cinta. Banyak yang aku belajar untuk lebih dewasa. Dan tentunya kawan rapat aku Eddie, Haikal dan Azri. Dah lama tak contact korang. HAHA..



Itu lah serba sedikit kenangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. (Malas nak tulis semua). haha. Okay, oh ya masa tingkatan 4 aku dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Seremban. Sekolah berasrama penuh. Nanti aku cerita di lain waktu pulak. hehe..


Wassalam..... :)

Ini kisah hidup aku

Assalamualaikum w.b.t...

Tanggal 11 Februari 1991, aku dilahirkan di sebuah kampung yang jauh dari kesibukan kota. Tenang, aman dan damai. Di situ lah aku mengenali dunia. Zaman kanak-kanak aku banyak dihabiskan di sana. Kampung Kalai, Jeli Kelantan menjadi saksi di mana pertama kalinya tangisan suara ku kedengaran.


Baik lah, aku bukan ingin bercerita mengenai kampung yang permai ini. Tetapi entri kali ini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan, sekolah-sekolah yang pernah aku belajar, pernah aku menuntut ilmu, dan sekolah-sekolah ini lah yang telah mengajar aku untuk menjadi manusia.


1. Sekolah Kebangsaan Kalai, Jeli Kelantan (1998-2003)

Enam tahun aku di sini bermula dengan darjah satu. Ketika sekolah dulu sifat kepimpinan aku dah mulai nampak. Di sekolah inilah, kepimpinan aku bermula. Di sini aku telah menjadi Ketua Pengawas Sekolah, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pengerusi Kelab Bahasa Melayu. Wahhh, ini semua kenangan! Tapi dulu aku masih tidak mengerti apa itu seorang ketua. Apa yang aku tahu, ketua ini hanya dibuli! haha. Bukan kepimpinan sahaja yang aku ceburi, malah aku juga aktif sukan ketika di sekolah ini. *Okay tengok sijil kejap. Hehe..

Aku ingat lagi di sini aku aktif dengan sukan bola baling. Sampai ke peringkat daerah Tanah Merah. Dan dapat sijil Perak. Dulu susah main sukan. Banyak peringkat. Mula-mula peringkat zon, peringkat cawangan dan baru peringkat daerah. Selain itu, aku juga aktif dengan sukan olahraga. Siapa sangka si kenit ni mampu berlari. Aku ingat  lagi acara kegemaran aku 4 x 200 meter. Penat juga berlari satu padang. Haha. Dan aku juga merupakan Ketua Rumah Sukan Biru. Haha. Selain itu, sukan lain yang aku sertai ialah hoki. Okay tak nak cerita sebab kalah di peringkat awal. haha.

Akademik? Aku bukanlah pelajar cemerlang pun. Biasa sahaja. Tapi TOP 5 lah. haha. Dulu waktu sekolah rendah penat sangat. Pagi pergi sekolah. Petang ada kelas fardhu ain. Lepas maghrib pergi mengaji Quran. Lepas mengaji pergi kelas tambahan sampai lah jam 10 malam. Haha. Tapi dulu tak rasa pun penat mungkin sebab kami budak-budak. Tidak mengerti apa itu penat. 6 tahun aku di situ, satu anugerah aku dapat. "Anugerah Pelajar Harapan dan Berwibawa". Lawak je nama anugerah ni. Haha. Tapi penghujungnya aku telah buat mama dan abah kecewa dengan keputusan peperiksaan aku. Aku juga kecewa tapi ntah lah perasaan tu kejap sahaja. Budak-budak~~ haha. Aku hanya dapat 3A 2B. :)

Aku rindu kawan-kawan aku.. Idah, Abe Long, Abe Ngah, Ila, Kakak, Suhaila, Eji, Juki, Pok Din, Suhaimi,                  
 Kak Nik, Sal dan ramai lagi.. Tapi ke mana ntah mereka sekarang. Selepas habis darjah 6 aku pindah ke Dengkil, Selangor..


Nanti aku sambung pulak cerita di sekolah menengah. Nak turun pergi kenduri kahwin. Hehe.

Wassalam..