BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 20, 2011

Perspektif Pemikiran Barat dan Islam

Bandingkan konsep pemikiran antara perspektif pemikiran Islam dengan perspektif pemikiran Barat. 
(40 MARKAH)

Persamaan

1. Menyelesaikan masalah.
Pemikir daripada Barat dan Islam banyak mengatakan bahawa pemikiran adalah satu proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Hal ini demikian, setiap manusia tidak boleh lari daripada masalah konflik. Oleh itu, pemikir-pemikir tersebut telah menggariskan panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan dan mudah.

2. Meningkatkan tamadun.
Pemikiran Islam dan Barat adalah bertujuan untuk memajukan dan meningkatkan kemajuan diri dan masyarakat seterusnya boleh memajukan Negara atau sesebuah tamadun. Mereka banyak mengetengahkan pemikirannya yang menjurus kepada kemajuan bagi meningkatkan ketamadunan sesebuah kaum.

3. Mewujudkan semangat inkuiri.
Kesan daripada pemikiran kreatif dan kritis, menjadikan individu mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Semangat  ingin tahu penting bagi penerokaan benda baru atau penciptaan sesuatu yang baru bagi memudahkan kehidupan manusia.

4. Melahirkan pemikir yang berkelas tinggi.
Pemikir yang berkelas tinggi ialah pemikir yang mampu untuk berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, pemikir berkelas tinggi mampu untuk melaksanakan tugasan atau amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

5. Mementingkan keharmonian sejagat.
Pemikiran mestilah bersifat positif untuk mejaga keharmonian sesama manusia. Setiap pemikiran tersebut ada yang menggariskan panduan kehidupan yang harus dipatuhi oleh manusia agar mewujudkan keamanan sejagat.

Perbezaan

1. Barat mementingkan pemikiran dari segi teori.
Pemikiran barat adalah bersifat teori semata-mata dan tidak praktikkan dalam kehidupan manusia. Manakala pemikiran Islam lebih bersifat amali kerana setiap ilmu yang diperoleh iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli akan dipraktikkan di dalam kehidupan.

2. Bersifat duniawi.
Pemikiran barat mementingkan kejayaan dalam duniawi atau bercorak modenisasi sahaja. Manakala pemikiran Islam mementingkan keseimbangan di antara dunia dan akhirat iaitu, kemajuan diperlukan dalam duniawi dan tidak meninggalkan kepentingan akhirat dengan melakukan perintah Allah S.W.T.

3. Pegangan.
Pemikiran Islam berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad dalam melaksanakan kegiatan seharian. Pemikiran barat adalah bersifat logikal dan tidak mengikut mana-mana pengangan. Walaupun mereka ada pegangan agama seperti kita bible tetapi mereka tidak mengikut pegangan tersebut.

4. Mementingkan keseimbangan duniawi dan ukhrawi.
Pemikiran Islam mementingkan keseimbangan duniawi dan ukhrawi kerana ini merupakan suruhan agama. Pemikiran Islam amat mementingkan perkara ini kerana keseimbangan amalan duniawi dan ukhrawi akan menentukan kebahagiaan dan kejayaan manusia di dunia dan di akhirat. Tetapi pemikiran Barat hanya berlandaskan duniawi semata-mata. Apa yang mereka lakukan hanya untuk kejayaan di dunia sahaja.

5. Menerima kesepakatan pemikiran.
Pemikiran barat tidak mementingkan kesepakatan pemikiran terhadap sesuatu masalah atau perkara. Hal ini berbeza dengan pemikiran Islam yang amat menekankan kesepakatan pemikiran dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu hukum melalui konsep ijtihad dan musyawarah.


4 carca marba:

Anonymous said...

SANGAT2 BERGUNA..TERIMA KASIH...

Unknown said...

sama-sama :)

Miza zahra said...

assalamualaikum. saudara saya minta izin copy , apa yang patut dari info nih untuk asgment ya. syukran :)

imanxc said...

Maaf saudara, saya mengambil hasil tulisan saudara ini untuk dibuat rujukan.