BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 23, 2011

Laras Bahasa


                Istilah register  atau laras telah digunakan seawal tahun 1956 oleh seorang ahli bahasa bernama Reid sebagai satu teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa seseorang individu apabila bahasa digunakan
               Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1995), bentuk bahasa yang khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang itulah yang dianggap sebagai laras atau register. Kemampuan seseorang menggunakan laras yang betul dan tepat mengikut situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang hendak dinyatakan lebih mudah difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan .   
                Laras bahasa ialah ragam-ragam bahasa tertentu yang memanipulasi leksis, unsur-unsur tatabahasa serta pertautan sesuai dengan laras yang digunakanPenelitian terhadap aspek laras bahasa perlu diberi perhatian  kerana bidang-bidang ilmu tertentu mempunyai laras bahasanya yang tersendiri.

                 Dua perkara yang membezakan antara satu laras bahasa dengan laras bahasa yang lain ialah perbendaharaan kata atau leksis dan tatabahasa. Asmah Haji Omar (1987) mengkaji laras bahasa menggunakan pendekatan yang agak berlainan. Beliau menganalisis bahasa saintifik dari aspek laras dan gaya, istilah dalam bentuk kata dan frasa, modus dan teks serta koheren, dan laras bahasa laporan (1988) dengan menganalisis kata dan ungkapan dan struktur-struktur ayat tertentu. 

Kepentingan Penggunaan Laras Bahasa
  1. Menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas.
  2. Mencerminkan latar belakang atau taraf sosial penutur.
  3. Memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran.
            Jumlah laras yang digunakan oleh individu boleh menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya serta peranan yang dimainkan dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranan seseorang semakin besarlah pula jumlah laras yang ada padanya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut dialek daerah. Misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak dan sebagainya. Penggunaan yang berbeza-beza inilah yang melahirkan laras.

Laras Dalam Bahasa  Melayu

              Laras yang tidak sama dipilih untuk situasi-situasi yang berlainan, menunjukkan bahawa masyarakat sedar tentang wujudnya situasi-situasi sosial yang berlainanPerbezaan dari segi laras bahasa yang digunakan dengan cara yang berbeza-beza menurut keadaan dan tempat.Penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor sosial seperti keadaan, tempat, dan konteks disebut sebagai laras bahasa ataupun laras sosialSeseorang individu dapat menggunakan beberapa laras kehidupannya, menurut tempat dan keadaan, misalnya laras bercakap dengan majikan atau ucapan majlis rasmi.

Laras Bahasa Ilmiah

               Laras ilmiah ialah laras yang mengungkapkan ilmu. Ia merupakan kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa yang digambarkan melalui penggunaan perbendaharaan kata dan melalui struktur bahasa. Laras bahasa ilmiah boleh dibahagikan kepada bentuk lisan dan tulisan.

1. Bentuk Lisan                                                      

*penyampaian ilmiah                                                
*seminar                                                                 
*kolokium                                                                
*ceramah  


2. Bentuk Tulisan


*penulisan buku teks
*penulisan jurnal
*penulisan tesis
*penulisan kertas kerja


                                                               
Ciri-ciri Laras Bahasa Ilmiah


1. Bernada formal dan objektif
2. Menggunakan sudut pandang orang ketiga
3. Penggunaan ragam pasif
4. Penggunaan ayat majmuk
5. Nada bersahaja
6. Sifat kejelasan
7. Bahasa rasmi
8. Penggunaan istilah khusus
9. Perbendaharaan kata
10. Tatabahasa
11. Ketenunan

Laras Biasa atau Laras Lisan
                                   Laras jenis ini merupakan penggunaan bahasa yang tidak melibatkan bidang ilmu atau sesuatu pengkhususan. Lazim digunakan dalam perbualan seharian. Jadi, laras ini tidak mengandungi pola yang tertentu.

Laras Bahasa Kreatif
                                  Semua jenis penulisan kreatif seperti novel, cerpen, puisi, drama, pantun, syair, dan pelbagai puisi tradisional yang lain. Termasuk juga lirik lagu, cogan kata, iklan, bahasa berirama, dan semua jenis perumpamaan (peribahasa) dan simpulan bahasa.

Laras Bahasa Bukan Kreatif
                         Penulisan dalam bidang undang-undang, kejuruteraan, ekonomi, fizik, sukan, pengiklanan, falsafah, dan agama.

Ciri Khusus Laras Bahasa

1.Penggunaan istilah masing-masing mengikut bidang ilmu yang tertentu.
2.Jenis dan struktur ayat yang mudah atau kompleks, pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif, bergantung kepada jenis bidang ilmu.
3.Pemerengganan yang bergantung kepada jenis format penulisan, penghuraian, penomboran, simbol, carta, dan lain-lain.
4.Modus ayat: ayat penyata atau ayat bukan penyata, dan ragam bahasa.
5.Gaya persembahan: lisan dan tulisan.
6.Bentuk jenis persembahan: surat, laporan, hasil penyelidikan projek, teks ucapan, doa, ulasan langsung acara sukan, buku, kuliah, dan lain-lain.

Kepersisan dalam laras bahasa

1. Aspek tatabahasa: Penggunaan bentuk standard dari segi ejaan, kosa kata umum, tatabahasa, dan unsur-unsur mekanika bahasa.
2.  Aspek sosiolinguistik: Penggunaan unsur-unsur sokongan daripada sistem nilai masyarakat dan budaya pengguna bahasa Melayu (atau lain-lain yang berkenaan) seperti sistem panggilan dan bahasa sapaan yang tepat.
3. Keindahan bahasa: Penggunaan unsur-unsur keistimewaan dan ciri khusus yang ada dalam bahasa Melayu, seperti peribahasa dan simpulan bahasa, bentuk-bentuk bahasa puitis, penjodoh bilangan, dan pelbagai ragam bahasa.
4. Keperihalan Keadaan: Penggunaan maklumat keperihalan keadaan dengan tepat, termasuk tentang lokasi, masa, peristiwa, penutur/penulis, pengguna dan pelanggan atau khalayak, jenis komunikasi, tujuan komunikasi, cara komunikasi, alat komunikasi, dan seumpamanya.
5. Keluasan ilmu dan kreativiti penutur/penulis.

Laras Akademik
                   Laras akademik boleh dibahagikan kepada bahagian tertentu, berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Dalam laras akademik terdapat beberapa contoh misalnya laras sains, laras ekonomi, laras sastera, dan lain-lain. Laras yang digunakan mudah dikesan kerana penggunaan istilah teknikal.

Laras Rencana
                     Laras rencana merupakan sesuatu yang bersifat umum. Laras ini menyentuh sesuatu perkara tertentu. Tajuk rencana dikupas dengan mendalam menggunakan gaya bahasa penulis. Ciri utama ialah kepelbagaian idea yang diperkatakan dan bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara terperinci dan mendalam.

Laras Media Massa
       Dikenali juga sebagai laras laporan. Kurang mementingkan gaya dan nahu seperti penggunaan imbuhan. Bahasa bersifat melaporkan sesuatu, ringkas, mengandungi maklumat untuk paparan dan penggunaan istilah teknikal tidak digunakan.

Laras Bahasa Sastera
              Laras ini juga mementingkan istilah teknikal dan khusus. Walau bagaimanapun, bidang yang diperkatakan adalah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan antara kedua-dua bidang itu.

Perbezaan Laras
           Laras perniagaan menggunakan gaya bahasa memujuk dan bersifat informatif tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang diiklankanLaras akademik bersifat teknikal menjurus kepada sesuatu bidang yang khususLaras undang-undang menggunakan bahasa ilmiah yang bersifat kuno atau moden dan banyak menggunakan bahasa teknikal yang  berkaitan dengan bidang undang-undangLaras media massa bersifat lebih ringkas dan tidak menggunakan istilah teknikalLaras bahasa sastera mementingkan istilah khususLaras rencana bersifat umum dan menyentuh tentang tajuk atau isu tertentu.
















  




















1 carca marba:

Rafael said...

HAMBAR BABI