BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 23, 2011

Bahasa Melayu?? Apa itu?

Saya adalah pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional) di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam dan bakal menjadi mahasiswa semester 2 pada September nanti. Bahasa Melayu?? Kenapa kau ambil course itu? Ya, saya memang mengambil jurusan Bahasa Melayu! Kenapa?

Pelbagai kutukan, herdikan yang bermain di setiap minda sesiapa pun. Bagi mereka Bahasa Melayu tiada nilai dalam kancah pembangunan negara era ini. Mereka berpendapat mahasiswa jurusan bahasa tidak akan kemana-mana selepas tamat belajar. Kerja pun hanya di pejabat kecil. Dan ada juga yang berpendapat kami akan menjadi guru yang hanya akan mengajar A, B, C. Mungkin juga kami hanya akan menganggur dan bekerja di pusat -pusat memebeli belah kerana tiada peluang pekerjaan untuk graduan bahasa. Alangkah malunya saya mempunyai rakan sebangsa yang cetek minda. Rata-rata mereka adalah daripada jurusan perubatan, undang-undang dan perniagaan yang boleh berfikir dengan bijak. Tetapi kemanakah akal fikiran mereka yang bijak itu berdampar?

Kenalkah anda dengan Asmah Haji Omar? Abdullah Hassan? Ainon Muhammad? Nik Safiah Karim? Saya sudah tahu jawapan anda. TIDAK! Anda tidak kenal dan cuba tidak akan mengenali mereka ini. Untuk pengetahuan anda, mereka inilah pakar-pakar bahasa yang terdiri daripada bangsa Melayu yang gigih berusaha untuk menegakkan bahasa pertiwi kita. Di manakah yang lain? Hanya menjadi cerucuk oleh bangsa-bangsa lain! Seperti lalang ditiup angin! Mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh bansga lain. Asmah Haji Omar bukan calang-calang orang, beliau merupakan pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam perancangan bahasa. Dia adalah Prof. Emeritus Dato' Dr Asmah Haji Omar. Panjangkan nama beliau? Ya, memang! Beliau sangat hebat. Kita sebagai bangsa Melayu harus kagum dengan kebolehan beliau dalam mengembangkan ilmu bahasa Melayu. 

Seorang lagi pendeta bahasa yang kita harus kagumi dan mesti tersemat kukuh dalam lipatan jiwa setiap bangsa Melayu iaitu Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan pendeta Za'ba. Beliau sangat hebat dan merupakan ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu.  Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu. Tapi beliau Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad telah meninggalkan kita semua pada 23 Oktober 1973 ketika beliau 78 tahun. Al-fatihah untuk beliau. Lihatlah bangsaku, berapa ramainya penggerak ataupun pencetus yang telah mengembangkan bahasa Melayu. Tetapi sekarang lihatlah dengan bahasa kita. Dikotori, dilucahi, dipasari dengan bahasa-bahasa yang karut. Menyedihkan lagi bahasa Melayu telah dirojakkan dengan bahasa Inggeris. Di manakah nilai kemanusiaan anda wahai  sahabat? Tokoh-tokoh bahasa telah berhempas pulas untuk meninggikan darjat bahasa Melayu, tetapi anda dengan senang-senangnya mengotori dan sengaja melupakan bahasa kita. Fikirlah wahai sahabat!


Jika anda fikir secara logikal, jika anda gagal dalam bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apakah status sijil anda? Gagal bukan? Adakah universiti akan mengambil anda sebagai penuntut? Tidak bukan? Segalanya bermula dengan bahasa Melayu dan berakhir dengan bahasa Melayu. Jadi anak-anak bangsa Melayu, celiklah mata anda, bukalah hati anda selebar-selebarnya. Fikirlah demi masa depan bahasa Melayu. Fikirlah!

2 carca marba:

chibious (Siti Norhidayah) said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

boleh emailkan saya: zairilazharrozlan@rocketmail.com